Aduka Taruna Yang Terbiar.......???

on Oct 29, 2010

Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, 29 tahun, pemilik blog yang pernah mengempar masyarakat Malaysia dengan isu menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya telah dibicarakan pada 21 Oktober 2010.

Pembicaraannya yang berlansung dua hari dan bersambung pada 30 November, 1 dan 2 Disember ini. 

Sepanjang pembicaraannya, tiada satu laman pun menyiarkan berita mengenai Aduka Taruna ini melainkan Kelab Greenboc yang mengambil petikan daripada Sinar Harian.

Saya merasa pelik laman yang pernah mengalahkan hits Tranungkite (TKO) untuk beberapa minggu dan nama Aduka begitu terkenal akhirnya menjadi hilang dan seolah-olah terbiar oleh rakan-rakan blogger.

Saya pun bukan suka dengan "remaja" ini yang banyak mencetus isu-isu yang sensetif dan kadang kala menghina Islam. Sikap dengan PAS dan ahli-ahli PAS terutama Ulama sangat biadab. Tapi sebagai golongan blogger yang pernah bersama dengan Aduka sepatutnya berita-berita tersebut hendaklah dipaparkan.

Soal suka tak suka itu cerita lain. Saya melihat rakan bloggernya sendiri tidak mengambil prihatin tentang Aduka dan cerita sensasi UMNO lebih diutamakan.

Laman Tranungkite sendiri juga tidak menyiarkan tentang Aduka, seolah-olah Aduka sudah tiada dalam kamus TKO. Aduka difahamkan pernah menjadi moderator TKO sebelum melepaskan jawatan tersebut. 

Terkini, di blog Aduka Taruna anak seorang blogger, Amin 'ul Haqeem kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu kerana Jangkitan Paru-Paru.  Aduka Taruna dalam blognya merayu untuk sedikit belas ihsan kepada semua yang mengenali sama ada musuh atau kawan untuk mendoakan kesejahteraan ke atas anak bongsunya itu.



Sebagai manusia, kita kena bersifat ihsan mendoakan walaupun musuh kita. Saladin pernah menunjukkan iktibar bila merawat musuh dalam peperangan. Apatah lagi kepada blogger yang banyak membantu dalam dunia siber.

Ini rasanya Aduka Taruna tidak memahami bagaimana Presiden PAS yang dikecam olehnya banyak mengungkapkan beberapa gergasan dalam isu-isu yang sebut sebagai perpaduan oleh pihak yang menyerang saraf cara dan gaya yang diolek oleh Presiden PAS. Saya tak nak panjang isu ini kerana ada suara-suara bodoh tanpa ilmu akan menyebut PAS nak bergabung dengan UMNO. Biarlah mereka akan menyedarinya sendiri.

(Seluaq dalam ini sesuai untuk diserkup di kepala Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib kerana suka berbohong)

Apa yang menimpa diri kita sebenar adalah semuanya kekuasaan Tuhan yang Maha Ego Aduka!!! Hangpa akan rasa kegoaan Tuhan, Hang juga akan rasa bertapa hinanya diri hangpa disisi Tuhan. Jangan jadikan diri kita bodoh kerana ke egoaan kita, banyak ilmu Tuhan perlukan cerdik pandai bukan pentafsiran sendiri.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List