Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNO

on Oct 29, 2010

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada  Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) negeri Johor, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) atas jemputan dan memberi peluang kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membincangkan dan membicarakan isu yang cukup menarik dan panas ini.
Topik "Menentang Pemerintahan Fasis (Kuku Besi), Kuburkan Rejim UMNO" adalah satu topik yang sungguhstraight forward dan penganjur mengariskan persoalan yang cukup tajam dan tidak berbelit belit. Persoalan di hadapan kita adalah persoalan yang nyata dan factual.
Kita hari ini berdepan dengan satu zaman yang penuh menarik.  Politik Malaysia yang untuk beberapa dekad ini yang lesu dan tenang, tiba-tiba bergelora dan dinamik.  Tsunami politik 2008 membawa bersama perubahan tetapi masih tidak berjaya menumpaskan rejim pemerintah yang memerintah sejak kemerdekaan.  Ini adalah zaman transisi iaitu zaman perantaraan antara dua rejim.  Persoalan adalah: Adakah rejim lama UMNO-BN akan terkubur atau sebaliknya?  Adakah ia dapat memperkukuhkan diri dan kembali memerintah dengan mandat baru? Seterusnya

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List