Mayat remaja perempuan dalam beg pakaian....???

on Oct 29, 2010


Kejam...Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya 
disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah 
bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis.


KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.
"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Pemeriksaan forensik turut mendapati kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dicekik, katanya. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List