Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan

on Nov 7, 2010

Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang (78 setakat semalam dan sembilan hari ini) yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,620 undi.


Azmin secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi. 

Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 1,001 undi hari ini.

Bagaimanapun, menurut sumber dalaman parti, terdapat perbezaan kecil daripada jumlah angka yang mana Azmin dikatakan mendapat 6,502 undi, Zaid mendapat 3,973 dan Mustaffa pula sebanyak 1,208 undi. 

Berdasarkan sumber ini, Azmin di depan dengan majoriti besar 2,529 undi.

Bagaimanapun, dalam kehangatan pemilihan berdasarkan konsep '1 anggota 1 undi' ini, makin banyak muncul dakwaan salah laku dalam proses pemilihan ini. Kesemuanya dinafikan PKR.

PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.

Berikut keputusan mengikut cabang:
Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)

Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)

Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)

Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)

Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)

Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)

Tuaran Azmin (178), Zaid (74), Mustaffa (4)

Tenom (311), Zaid (4), Mustaffa (0)

Pensiangan Azmin (49), Zaid (87), Mustaffa (0)

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List