Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR
KUALA LUMPUR, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.
“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.
Allo Saifudin, kenapa kemasukan data boleh silap. Budak darjah enam ke yang buat kerja. Budak darjah enam pun la ni pandai tau......
Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian.
“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi.
JPP ada kuasa ke? Molly senyap je kenapa. Tak de taring le tu.
Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu.
“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau lagi kepada The Malaysian Insider.
Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat.
“Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.
Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi.
“Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar,” katanya lagi.
Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden.
Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika.
Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk ‘PKR, and its ballot papers, up for sale’ (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.
Dalam tulisan susulan bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.
“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris dalam blognya The People’s Parliament.
Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.
“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” katanya lagi.
Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.
Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.
Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR.
Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan.
Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang.
Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.
Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”
“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Hari ini masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi.
Ulusan Mae
Alahai Pak Husin....Dah jadi senator ok le tu. Jangan le tuduh blogger dan laman web pulak. Kalau tak kerana blogger dan laman web yang mempromosi dan memperjuangkan reformasi sejak 12 tahun yang lalu hingga wujud nya Partai Keadilan Nasional dan kini Parti Keadilan Rakyat dan seterus nya gabungan Pakatan Rakyat jangan harap lah PKR boleh bertahan hingga saat ini. Serangan dari BN cukup hebat. Harap Pak Senator jangan cakap membabi buta. Berdiri nya blogger blogger dan laman laman web yang mempertahankan PKR adalah atas kapisiti diri sendiri. Tidak ada bayaran apa apa. Cuma atas dasar semangat perjuangan.
Tidak macam Pak Senator yang punya eluan dewan negara, begitu juga wakil wakil rakyat PKR yang mempunyai eluan malah ada yang menjadi MP dan Adun serta EXCO. Haa elaun depa pun tak habis makan. Nak kata melawat rakyat yang ditimpa masalah dan musibah jauh sekali. Takut duit poket terbang kot. Macam itu ke seorang pemimpin. Bunyi berdegar degar KEADILAN konon. Kesemua pemimpin atasan PKR sibuk berpolitiking. Nak mengukuhkan kedudukan masing masing. Ada kedudukan dalam parti ada lah harapan untuk menjadi calon dalam PRU akan datang nanti.
Kalau menang PRU dapat le bergelar YB. Tetapi wahai pemimpin pemimpin PKR sekalian. PRU 12 tak akan sama dengan PRU 13 nanti. Hasrat dan Harapan menuju PutraJaya belum tentu akan di gapai oleh Pakatan Rakyat tanpa kami pengundi pengundi berdaftar. INGAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. KAMI YANG AKAN MENTERJEMAHKAN HASRAT TERSEBUT DALAM BENTUK KERTAS UNDI. Kami rakyat sekalian sudah pun memerhatikan perangai gelagat dan tindak tanduk pemimpin pemimpin yang bergelar YB. Kami yang menilai dan kami yang memberi KPI kepada pemimpin pemimpin yang bergelar YB. Tapi jangan lupa tuan tuan dan puan puan sekelian. PRU 13 hampir menjelang. Masa itu lah baru nak tunjukkan muka yang berserabut dan muka kesian pada rakyat. " UNDI LAH CALON KAMI".
Haa masa tu baru teringatkan rakyat kamu. Nak harapkan ahli PKR berapa kerat aje. Jadi kena mengharap pada rakyat untuk mengundi calon calon PKR mahu pun calon calon Pakatan Rakyat. Tak malu ke muka tuan tuan dan puan puan masa tu. Dah terdesak baru lah pandai nak menemui rakyat, kalau tak kami nak jumpa kau orang pun bukan le main seksa lagi. Tu belum lagi nak minta pertolongan ke apa ke. Nak harap ko orang datang ke majlis perkahwinan ke, kematian ke atau bila berlaku bencana ke jangan harap lah ko orang nak datang melawat. Hampass. Dah tu macam mane nak menuju ke PutraJaya....??? Pudu Raya boleh le ko orang tuju....
MENGKRITIK TIDAK BERERTI MENENTANG
MEMUJI TIDAK SEMESTINYA MENYOKONG
MENEGUR TIDAK BERMAKNA MEMBENCI
0 comments:
Post a Comment