APA LAH MALANG NASIB ANWAR IBRAHIM...... KISAH BENGONG DAN BANGANG.

on Mar 10, 2011

Prosedur Belum Selesai, Anwar Tidur Lokap Semalaman



KUALA LUMPUR 10 MAC: Ketua Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, DSP Jude Blacious Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, seraya menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Jude berkata, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya.

"Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," jelas beliau seolah-olah tidak jujur dengan penjelasannya.

Katanya, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

DPP Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkan Jude merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah pada sebelah pagi menyaksikan Jude untuk pertama kalinya masuk ke kandang saksi.

Beliau adalah saksi terakhir pendakwaraya.

Beliau yang bersama-sama pengadu Saiful Bukhari Azlan sejak awal memberi keterangan tentang perkara selepas kejadian.

Timbalan Pendakwaraya (DPP), Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal balas berhubung pemeriksaan perubatan oleh tiga orang doktor di HKL pada 28 Jun 2008.

Jude berkata beliau bertindak sebagai pemerhati ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Saiful dan kemudian mengambil kesemua 12 spesimen daripada doktor untuk disimpan di pejabatnya.

Kemudian Jude memberitahu telah merampas pakaian Saiful termasuk seluar dalam di rumahnya yang terletak di Bandar Utama.

Pada hari yang sama Jude turut merampas sebotol gel jenama Johnson & Johnson daripada Saiful.

Pada 30 Jun, beliau bersama pasukan forensik PDRM yang diketuai Superintenden Amidon ke kondominium Desa Damansara dan merampas beberapa barang termasuk sehelai rambut, karpet dan selimut di unit 1-5-1 dan 1-5-2 kondo yang sama.

Pada hari yang sama, Jude menyerahkan 12 spesimen yang diambil dari HKL pada 28 Jun kepada Dr Siew Sheue Feng.

"Saya buka penutup sebab saya mahu memeriksa samada penutup masih lekat dan mahu tandakan setiap barang," jelas Jude.




Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi , Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahunya dia melawan ketika diminta lakukan seks oral pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku. Dr Razuin Rahimi berkata, Mohd Saiful memaklumkan kepadanya ketika beliau merekodkan nota sejarah perubatan Mohd Saiful pada kira-kira 9 malam, 28 Jun 2008 di HKL.

Beliau mengambil masa hampir 20 minit untuk merekodkan nota itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC) di HKL selepas Pegawai Penyiasat Deputi Superintendan Judy Blacious Pereira memaklumkan secara ringkas berhubung dakwaan Mohd Saiful yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng, tiada ketika catatan itu direkodkan dan beliau memberi penjelasan ringkas kepada mereka selepas selesai tugasnya.

“Mohd Saiful juga memberitahu saya yang dia diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lebih kurang 3.30 petang di mana dia tidak memberi kebenaran untuk melakukan hubungan seks itu,” katanya.

Dr Razuin memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden. Beliau yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh berkata, hubungan seks itu berlangsung hampir setengah jam di mana pengadu juga mendakwa dadanya diraba.

Diminta menjelaskan berhubung catatan di dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) di mana beliau membulatkan perkataan ‘penetrasi’, Dr Razuin berkata ia bermakna ‘tusukan penuh’ di mana Mohd Saiful juga mengesahkan pancutan air mani berlaku ketika hubungan seks itu.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak mencatatkan sebarang rujukan berhubung bahan pelincir di dalam borang itu seperti dinyatakan Mohd Saiful dalam keterangannya, Dr Razuin berkata, beliau merekodkan bahan pelincir itu di dalam kertas lain kerana borang pro-forma itu hanya untuk kes rogol kerana HKL tidak mempunyai borang khusus untuk kes liwat.

“Maklumat itu direkodkan di atas kertas yang saya kemudian serahkan kepada Dr Sheue Feng dengan catatan nota yang saya buat ketika pemeriksaan perubatan dijalankan oleh pakar,” katanya.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh untuk menjelaskan makna ‘rectal attempted’ seperti tercatat di dalam borang itu, Dr Razuin menerangkan ‘rektum’ adalah bahagian dalam dubur.

“Ia adalah liwat walaupun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektum, itu adalah makna dalam istilah perubatan untuk ‘rectal attempted’,” katanya.

Berhubung soalan lain, Dr Razuin mengesahkan DSP Judy merekodkan kenyataannya untuk kali pertama pada Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob, berkata Mohd Saiful tidak dilantik sebagai pekerja secara rasmi.

“Dia bukan pekerja, tetapi sukarela yang menerima arahan terus daripada saya," katanya.

Ditanya oleh Mohamed Yusof, beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah kondominium milik ‘Hassanuddin’ pada 26 Jun, 2008.

Bagaimanapun, katanya, pada hari itu Anwar menghubunginya dan memberitahu dia ada meninggalkan sampul surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan beliau (Ibrahim) meminta Mohd Saiful menghantar sampul surat itu kepada Anwar kerana beliau sibuk pada hari itu.

Kepada soalan lain sama ada beliau tahu Mohd Saiful menghantar surat peletakan jawatan pada 27 Jun 2008, Ibrahim berkata ia di e-mel kepada Anwar dan Anwar menyerahkan kepadanya.

Ditanya oleh Mohamed Yusof apakah alasan Mohd Saiful untuk berhenti kerja, Ibrahim berkata Mohd Saiful menyatakan dia tidak boleh melaksanakan tugasnya dan mahu menjadi juruterbang.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List