'Tun Razak mentor saya’
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tun Razak Hussein sebagai seorang mentor dan pelindungnya serta banyak belajar daripada Perdana Menteri Kedua itu.
Dr Mahathir berkata, Razak adalah seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu.
“Kecenderungan beliau yang sering menyebelahi saya ketika itu amat ketara sehingga mengundang rasa cemburu dalam parti. Ada juga cakap-cakap saya menjadi budak kesayangannya, namun saya sendiri tidak begitu biasa dengannya ketika itu.
“Kami tidak pernah bersosial, tetapi dalam semua hal politik, saya amat bergantung kepada keputusan dan sokongan beliau,” kata Dr Mahathir dalam bukunya. Dr Mahathir berkata, Tun Razak yang mencadangkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan pada 1964 dan turut menyenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Politik UMNO.
“Sebagai ahli jawatankuasa itu, saya sering ke rumah Tun Razak dan mengadakan perbincangan mendalam dan itulah permulaan hubungan akrab kami.
“Keyakinannya terhadap saya meningkat selepas saya membantu menyelesaikan demonstrasi pelajar ketika menjadi Menteri Pelajaran. Ketika itu, saya hanya mahu beliau menganggap saya sebagai seorang yang boleh diharapkan dan sedia bertindak,” katanya.
Dr Mahathir berkata, satu hari pada 1975 di bangunan Parlimen, Tun Razak mengajak ke tepi dan memaklumkan beliau sedang menghidap penyakit berkaitan darah dan akan berlepas ke London untuk rawatan.
“Sebaik kami menghantar beliau ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), saya menghubungi doktor peribadi Tun Razak dan selepas itu baru saya tahu beliau menghidap leukemia dan sudah mencapai tahap kritikal. Saya tahu, beliau tidak akan pulih kerana tidak ada rawatan berkesan untuk kanser,” katanya.
Tun Razak menghembuskan nafas terakhir di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun.
Dr Mahathir yang mendapat tahu pemergian Tun Razak sebaik kembali dari Indonesia bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan kehilangan beliau sebagai tragedi buat dirinya.
Baca pulak entri dari MuM of three :-
Jibby... Your father was my mentor.
Agak-agaknya, mengapa Mahathir puji Tun Razak dalam memoirnya?? Fuuhh...segala puji-pujian hanya buat Tun Razak bapak kepada Najib.
Kata dia.... Tun Razak mentor saya. Ha..ha.. ha.. 'Saya' pulak mentor Najib, anak lelaki Tun Razak.
Weh..... puak-puak UMNO ni bukan ke species yang kuat mengampu dan membodek. Dulu... masa dia jadi piem, si Najib bodek Mahathir bagai nak rak. Kini.... Najib menjadi piem, maka tibalah pula giliran dia membodek Najib.
Balik kepada persoalan tadi. Mengapa Mahathir puji Tun Razak??
Banyak sebab....
Pertama... mungkin dia masih nak pelemah Najib agar ikut cakap dia untuk membina 'jambatan bengkok'. Ini pasti akan buat Najib berada dalam dilema. Kalau dibina... Singapura marah. Aha... aha... ada sebab mengapa Najib kena jaga hati Singapura. Kalau tak dibina, mentornya pulak bikin kerenah yang mungkin akan memeningkan kepalanya. Serba salah beb!!
Kedua.... kerana faktor anak kesayangan dia si Mukhriz. Dia mahu memastikan kedudukan Mukhriz dalam UMNO kukuh dan terjamin. Mukhriz nak di-groom menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Jadi, dia nak memastikan setiap anak tangga yang dipijak oleh anaknya... safe and secure, hinggalah dia sampai ke kemuncak karier politiknya.
Mungkin dealnya begini.... I tolong you jadi Piem, you pulak tolong anak I, jadi Piem nanti. Baru ler fair and square.
Ketiga.... mungkin dia sendiri rasa tak secure selagi Anwar masih berbisa. Jadi, dia perlukan pertolongan Najib untuk pastikan dia dan anak pinaknya selamat... sekurang-kurangnya sehingga dia 'padam'. Well, selagi Anwar bisa mematuk.... dia akan rasa tak selesa dan tak senang duduk.
Oleh sebab itulah.... Mahathir sekarang kena bodek Najib cukup-cukup. Mukhriz Mahathir's political future is in Najib's hands. Mukhriz Mahathir.... the future Prime Minister of Malaysia. Fuulaammakk!!
Ha.. ha... ha... itu cuma 'ramalan kaji cuaca' M3M jer. Entah betoi, entah tidak... Wallahua'lam ler.

0 comments:
Post a Comment