KAJIAN ZENTRUM MENUNJUKKAN BN TUMBANG,46 KERUSI BERALIH TANGAN
Baru sekarang kenapa aku faham mengapa Pilihanraya Umum 12 dianggap berlakunya tsunami politik.Ini kerana ia datang secara tiba-tiba,dan di luar jangka.Fenomena ini aku fahami apabila ianya dilihat hampir kembali ke Malaysia,kali ini bergerak ke arah Malaysia Timur,yakni Sarawak.
Sangat menarik untuk diperhatikan.Jika diperhatikan sebelum penamaan calon tempoh hari,suasana politik Sarawak sangat menghambarkan,malah aku berpendapat ianya hanya akan menjadi satu lagi siri Pilihanraya Kecil yang bosan seperti di Merlimau dan Kerdau.Pun begitu,jangkaan aku nyata meleset.Sebermula sahaja tempoh berkempen,bandar-bandar utama di Sarawak dilihat tenggelam dek ribuan rakyat yang menunjukkan solidariti mereka terhadap Pakatan Rakyat.
Sentimen ini bagi aku berlaku secara tiba-tiba,malah pemimpin Pakatan sendiri tidak menjangkakan sambutan yang diberikan menjadi hangat sebegitu rupa.Nampaknya,dalam hal ini Pakatan cuba membesarkan gelombang kebangkitan tersebut sehingga ke kawasan separa bandar dan pinggir bandar,memasuki perkampungan tradisi Melayu Melanau dan akhirnya menyusup masuk ke kawasan rumah panjang.Jika dalam pilihanraya kecil BN mampu menangkis gelombang ini,tetapi tidak pada pilihanraya umum yang besar.
Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila kajian akademik telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang hasil prediksi dan ramalan yang dibuat.Zentrum Future Studies yang dimobilisasikan oleh Pensyarah Universiti Malaya,Profesor Dr.Abu Hassan Hasbullah telahpun mendapat hasil kajian yang memberangsangkan dan berada di luar jangkaan.
Berdasarkan kajian Zentrum,kedudukan parti bertanding menunjukkan Barisan Nasional hanya memperoleh 38% sokongan keseluruhan,diikuti rapat oleh Pakatan Rakyat sebanyak 37%,Parti SNAP 20% dan Bebas sebanyak 6%.Dan jika peratusan pembangkang berbanding kerajaan diambil kira,Barisan Nasional telahpun tumbang dengan peratusan terkumpul sebanyak 62% untuk pembangkang manakala hanya 38% untuk Barisan Nasional.
Dari segi jumlah kedudukan kerusi pula,Barisan Nasional akan tewas di 46 buah kerusi seperti yang diperincikan di bawah:
PREDIKSI KALI PERTAMA
Kerusi Bakal Dimenangi Barisan Nasional:
N2 Tasik Biru,N4 Pantai Damai,N5 Demak Laut,N6 Tupong,N7 Samariang,N17 Tarat,N19 Kedup,N23 Lingga,N33 Kalaka,N35 Belawai,N36 Semop,N38 Jemoreng,N52 Tamin,N56 Baleh,N58 Jepak,N61 Bekenu,N63 Piasau,N65 Senadin,N68 Bukit Kota,N69 Batu Danau,N70 Ba Kelalan
Jumlah : 21
Kerusi Bakal Dimenangi Pakatan Rakyat:
N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31
Kerusi Bakal Dimenangi SNAP:
N1 Opar,N16 Bengoh,N18 Tebedu,N25 Balai Ringin,N26 Bukit Begunan,N28 Engkelili,N32 Bukit Saban, N34 Krian,N41 Pakan,N43 Ngemah,N44 Machan,N55 Katibas,N57 Belaga,N60 Kemena,N66 Marudi
Jumlah : 15
Kerusi Bakal Dimenangi Calon Bebas:
N21 Simunjan,N31 Layar,N37 Daro,N51 Balingian
Jumlah : 4
Lampiran kajian Zentrum dalam bentuk jadual:
Ramalan Satu (1) : N1-N19 |
Ramalan Dua (1) : N20-N40 |
Ramalan Tiga (1) : N41-N60 |
Ramalan Empat (1) : N61-N71 |
Itu adalah hasil dapatan daripada prediksi pertama yang telah dilakukan oleh Zentrum.Kajian kali kedua pula mendapati bahawa:
Prediksi Satu (2) : N6 Tupong beralih kepada PR, manakala N15 Muara Tuang kembali kepada BN |
Prediksi Dua (2) : N20 Sadong Jaya beralih kepada BN dan N30 Saribas beralih kepada BN |
Prediksi Tiga (2) : N50 Dalat,N54 Pelagus dan N60 Kemena kembali kepada BN |
Prediksi Empat (2) : N62 Lambir dan N71 Bukit Sari beralih pada BN manakala N63 Piasau dan N70 Ba Kelalan dimenangi PR |
Oleh itu,hasil kajian kali kedua Zentrum menunjukkan bahawa:
-BN mengambilalih kepercayaan pengundi di 7 buah Dun Pakatan Rakyat dan satu Dun SNAP
-Pakatan Rakyat mengambilalih kepercayaan pengundi di tiga Dun BN.
Ini menjadikan kedudukan kerusi semasa berdasarkan kepercayaan pengundi kepada:
Barisan Nasional : 25 kerusi
Pakatan Rakyat : 28 kerusi
SNAP : 14 kerusi
Bebas : 4 kerusi
Selain itu,sokongan ke atas parti politik berdasarkan pecahan kaum adalah seperti berikut:
Jika sokongan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk kertas undi,Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang di Sarawak.Apa yang menarik berdasarkan kajian Zentrum adalah:
1.Pas menang di kesemua kerusi pada ramalan pertama,kecuali hilang dua kerusi pada ramalan kali kedua iaitu Muara Tuang (BN mendahului 4%) dan Sadong Jaya (BN mendahului 2%).
2.Calon Ketua Menteri Baru Bian didapati tewas pada bacaan kali kedua,tetapi memperbaiki semula kemenangan pada bacaan kali kedua
3.Kebanyakan kerusi yang dimenangi BN adalah disebabkan pertandingan tiga penjuru atau lebih yang menyebabkan perpecahan undi pembangkang
4.Empat calon Bebas menang iaitu Zaini bin Le di Simunjan,Kibak Anak Datu di Layar,Zamhari bin Berawi di Daro dan Salleh Jafaruddin di Balingian.
5.Kuasa penentu untuk membentuk kerajaan negeri terletak di tangan SNAP.
Apapun,masih terdapat baki lebih kurang 30 jam dari sekarang untuk calon bertanding bergerak ke peringkat habis-habisan.Adakah ramalan Prof.Jeniri Amir daripada UMS akan berlaku?Mengikut beliau,Barisan Nasional akan menggunakan taktik carpet bombing di saat akhir,di mana pelbagai bantuan segera akan diberikan supaya pengundi menyokong BN.Ataupun,adakah ramalan Zentrum ini akan menjadi 100% tepat?
Sama-sama kita nantikan kesudahannya.
0 comments:
Post a Comment