Najib sudah tawaduk sekarang. Katanya - bonus jika BN dapat dua pertiga kerusi pada PRN Sarawak, 16 April ini. Yang penting bagi BN ialah menang mudah sahaja. Ha ha.
Nampaknya rakyat Sarawak telah berjaya mentawadukkan Najib. Jika BN berjaya atau tidak memerintah Sarawak semula, nasib rakyat Sarawak akan diperhatikan secara serius. Moga tidak ada Taib Mahmud kedua pula selepas ini. Opps entah-entah Taib Mahmud memerintah sepenggal lagi. Kali ini kita akan lihat siapa lebih jantan antara Najib atau Taib. Wau.
Saya sangat suka jika kuasa dan pengaruh politik seimbang antara parti pemerintah dan parti pembangkang. Suasana seimbang ini akan menggerunkan pemerintah untuk berbuat salah dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat. Dalam sebuah kerajaan, semua sistem dan peraturan telah siap sedia untuk diikuti. Tak perlu risau untuk mendapat sokongan pembangkang jika dasar dan tujuan sesuatu projek adalah baik dan untuk kepentingan ramai.
Pemerintahan atas nama apa pun, jika tiada kawalan dari pembangkang, ianya terdedah kepada penyelewengan. Maka kita mahukan pembangkang kuat. Jika BN perintah, kita mahu PR yang kuat dan sebaliknya juga.
Kalau dalam DUN ada dua kerat pembangkang macam di Pahang dan Perlis sahaja - maka kita pun tak dengar apa yang dibuat oleh pembangkang. Ha ha. Lainlah kalau seorang pembangkang macam Allahyarham Fadhil Nor - tetap bergegar Dewan.
0 comments:
Post a Comment