Ummi Hafilda takut "RAHSIA" terbongkar....

on Apr 14, 2011




Dua minggu yang lalu, seorang kenalan Awang dari kalangan orang kuat Umno ada memberitahu perihal seorang ‘puteri Umno’ ini. Jika sebut namanya, bukan sahaja di Malaysia, seluruh dunia pun kenal dengannya barang kali.

Kenalan Awang tadi ada sebut yang wanita bernama ‘Ummi Hafilda’ itu sebenarnya sangat ‘takut’ untuk meneruskan samannya terhadap sebuah laman web portal dan seorang ahli perniagaan yang dibuatnya.

Pada awalnya, Awang tidak percaya dengan’cakap-cakap’ tersebut dan menganggap khabar angin sahaja. 

Maklumlah, waktu itu dan kini insan yang bernama Ummi Hafilda ini cukup laku untuk dipergunakan oleh Umno-BN bagi ‘menyerang’ Pakatan Rakyat terutama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bulan Februari lalu, Umno Bahagian Besut dibawah ‘ketiak’ Dato’ Seri Idris Jusoh telah menjemput Ummi berceramah di Jertih.

Dan pada waktu yang sama, PAS Terengganu pula mengadakan program Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno” juga di Jertih, Besut. Jarak antara kedua parti tersebut mengadakan hanya terpisah dengan sebuah masjid sahaja.

Tugas Ummi Hafilda hari ini yang sedang bertungkus-lumus di Sarawak adalah menabur fitnah, membuat fitnah bagi menyerang Pakatan Rakyat.

Maka, berlakulah satu peristiwa penting hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengketepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini.

Perkara itu dibawa untuk pengurusan kes hari ini setelah ia difailkan bulan lalu dan mendapat publisiti meluas oleh media.

Waktu saman dikemukakan, Ummi beria-ia sangat hendak saman orang kononnya membuat fitnah terhadapnya. Dan bagi membuktikan dia benar dan tidak sebagai dikata. Maka, dia (Ummi) pun samanlah pihak tersebut.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menolak saman itu selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut pagi (13 April) ini dan Ummi juga tidak hadir.

Saman itu difailkan melalui firma peguam Sahrihan & Hamdan. Dalam samannya, beliau mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini bertarikh 15 Mac tahun ini, yang memetik kenyataan Baginda di lobi parlimen sebagai bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Dakwanya, kenyataan itu adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat kerana menggambarkan bahawa seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

Kesimpulannya, Ummi Hafilda saman hanya untuk tunjuk yang dia tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah orang lain. Bila saman dibuat, sudah pasti mahkamah tidak benarkan kes tersebut diperkatakan orang di luar mahkamah.


http://apaorangkata.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List