"Saya pakai lambang BN tapi undi (Haji Adam) PAS "....

on Apr 14, 2011

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebyuau, sebelum ini tidak pernah ditandingi PAS.Namun dalam pilihan raya kali ini, PAS diberi peluang dalam menyertai pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak ke-10 di sini dengan menampilkan Pesuruhjaya PAs Sarawak, Adam Ahid menentang calon BN, Julahi Narawi.Setelah 6 hari berkempen, Wartawan Kanan , WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Adam pada 11 April bagi mendapatkan butiran bagaimana aliran sokongan ke atasnya menjelang pilihan raya 16 April ini


Setelah enam hari berkempen, bagaimana haji (Adam) melihat perkembangan sokongan di sini?

Adam : Sebagaimana yang kita lihat, dari permulaan iaitu sejak penaman calon lagi, walaupun penduduk di sini menggunakan lambang BN mereka hampiri kita, dan mereka akan berkata "saya  pakai lambang BN tapi undi saya bagi Haji Adam,"

Rata-rata yang kata begitu, dan ditambah lagi saya memiliki keluarga yang besar di sini, Apai (bapa) dan ibu saya membesar di sini, dan mereka lama duduk di sini.Namun semasa perang Jepun dahulu, keluarga kami (mak dan ayah) saya berpindah ke Sadong Jaya, tetapi sanak-saudaranya ramai di sini.

Itulah, saya di sini ramai keluarga saya, Atuk (datuk) saya kuburnya ada di atas bukit di sini.Saya dah pergi ke beberapa Unit Peti Undi (UPU), alhamdulillah mereka semua nak berubah, mereka kata kepada saya mereka nak berubah kerana banyak sangat kelemahan yang ada kepada wakil rakyat sekarang ini.Mereka mahu tukar kerana meskipun telah 20 tahun sokong wakil rakyat (Julahi) hanya berjanji tetapi jarang ditunainya.

Jadi mereka nak tukar juga kali ini, mengajar dan hukum dia (Julahi).Saya berharap ia menjadi kenyataan dari hati yang bersungguh-sungguh.Saya juga mendekati anak muda, nampaknya mereka boleh dikatakan sokong perjuangan kita, menuju kepada perubahan, cuma saya dapat maklumat dikalangan wanita yang masih takut nak beralih, ini sahaja masalah yang kita hadapi, tetapi dikalangan lelaki, saudara mara saya nampak mereka sokong saya.Saya dah pergi UPU Tongkah, Empilau, Ulu Sebuyau dan Kampung Tebelu, dan tempat Iban semuanya saya lihat ada perkembangan yang cukup baik.

Apa isu yang besar di sini?

Adam : Isu pertama yang besar di sini ialah isu tanah dan pembangunan serta pembelaan rakyat.Contohnya, rakyat tidak terbela di Kampung Entangor (kaum Iban), kalau mereka sakit payah nak pergi ke klinik tempat yang jauh, mereka gunakan jalan air, jika air jalan kering, mereka tidak boleh pergi klinik, ramai yang meninggal dunia dalam sampan sebab jauh nak ke klinik, ada yang bersalin (melahirkan anak) dalam sampan sebab jauh perjalan menaiki sampan dari Kampung Entagor ke Klinik di Sebuyau.

Mereka cukup tertekan, mereka mahukan perubahan.sebab itu saya cakap dengan pengundi di sana, kalau saya terpilih menjadi Adun sini, saya akan bawa isu ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, bagaimana nak bantu mereka agar adanya kemudahan  klinik agar mereka boleh dapatkan bantuan.Mereka kata kalau dalam slogan itu, slogan rakjyat didahulukan, tetapi di sini rakyat diketepikan , kaum Iban di sinijanji jika mereka pilih Adam, mereka minta saya selalu ke tempat mereka jengah mereka mendalami masalah mereka, jadi saya akan selami masalah mereka.

Bagaimana pula perkembangan di seluruh Sarawak boleh berlaku kejutan?

Adam : InsyaAllah saya harapkan mood yang ada sekarang ini, mood dimana-mana mereka mahukan perubahan tambah lagi orang Sarawak telah faham negeri lain tukar kerajaan, pimpinan Sarawak ini dah terlalu lama, rakyat di sini dah matang fikir tukar kerajaan.Saya rasa tidak mustahil, rakjyat di sini miskin tetapi pemimpin mewah, kekayaan pemimpin menyamai kekayaan negara, tak mustahil Tan Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri) ini kekayaannya melebihi harta negeri Sarawak

Bagaimana dengan isu kekayaan Taib Mahmud, ada kesan kepada rakyat?

Adam : Kesannya mungkin tidak begitu meluas oleh kerana rakyat luar bandar tidak ada maklumat.Cuma maklumat ini hanya diperolehi oleh masyarakat di bandar sahaja
Sebab itu kita bertemu terus dengan rakyat agar mereka faham dan sedar apa yang dibuat pemimpin Sarawak tidak adil kepada rakyat.Di Sarawak ini jika pemimpin di sini tambah kesenangan, minyak ada, tanah banyak, pasir ada, kuari batu dan balak semuanya ada, lengkap.

Jika nak angkat ekonomi rakyat banyak benda boleh dibuat, tidak perlu untuk membenankan rakyat, sumber alam banyak tetapi sumber alam ini pimpinan kerajaan sahaja yang ambil.
Mereka membahagi sesama kroni mereka.Sumber alam ini banyak, disalahgunakan oleh pimpinan tertinggi sampailah kepada wakil rakyat, mereka kaut kekayaan, ketepikan rakyat, mereka mahukan rakyat miskin untuk mereka mudah manipulasi semasa pilihan raya, mereka bagi RM50, rakyat akan sokong mereka, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka bodohkan rakyat.Ekonomi rakyat sengaja disekat, tak nak bagi tanah kepada rakyat untuk memacu ekonomi.

Rakyat tak dapat nak jana hasil kerana tiada sumber, sedangkan hari ini harga barangan naik.Saya minta rakyar benar-benar memilih pemimpin yang boleh bawa pembangunan kepada rakyat, ada pun pembangunan yang ada hari ini adalah hanya untuk pemimpin BN sahaja, bukan untuk rakyat.

Adakah Haji yakin rakyat akan berubah, dan akan berlaku kejutan?

Adam : Saya yakin dalam pilihan raya ini kita boleh berubah seperti Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.Dalam ucapan saya saya tekankan kepada rakyat agar kita semua berubah kerana kita ada hak besar untuk berubah.Hak kita ini hak istimewa, dengan pangkah sahaja boleh jatuhkan pemimpin atau wakil rakyat.
Wakil Rakyat sepatutnya takut kepada rakyat, kerana mereka jadi wakil rakyat dengan kuasa dan mandat rakyat.Saya yakin, perubahan akan berlaku. Sarawak tidak mustahil boleh menukar kerajaan kali ini!.InsyaAllah



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List