Raja Petra U-TURN???... Baca Transkripnya Wawancara Keduanya dengan TV3.

on Apr 14, 2011



Dalam suasana kempen pilihan raya Sarawak yang hanya berbaki 24 jam, serangan ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan hari ini melalui siaran temuramah dengan penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin.

Kata-katanya Raja Petra yang merupakan 'rakan karib' Anwar pada satu ketika itu disiarkan stesen TV3 melalui slot berita waktu perdana hari ini.


Dalam siaran berkenaan, Raja Petra antara lainnya menimbulkan isu berhubung "krisis dalaman" yang didakwa berlaku dalam Pakatan Rakyat serta isu-isu yang membelit peribadi ketua pembangkang itu.


Berikut ialah transkrip laporan daripada temubual yang disiarkan


Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitiny




a sebagai seorang pemimpin.

Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.

Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.

Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

Raja Petra: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.

Raja Petra: "Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.

Raja Petra: "Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Raja Petra: "Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."  

mkini



Sambungan....

Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.



Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.
Kerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat.
Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Raja Petra: "Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September"

Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

Raja Petra: "Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu."

Raja Petra: "Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Raja Petra: "Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all."

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List