Parlimen Bubar Selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Petang Ini ...?

on Nov 11, 2011







Salam Jumaat,

Hari jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk memulakan langkah. Jumaat juga sesuai untuk berbuat sesuatu seperti memotong kuku, potong rambut, bersedekah malah malam Jumaat juga umat islam menunaikan pelbagai ibadah termasuk berpeluang membunuh kafir dalam erti kata sunnah. Bagaikan hari raya mingguan, begitu banyaknya kelebihan dan syafaat hari Jumaat.

Hari Jumaat kali ini agak lebih istimewa kerana hari ini berganding dengan tarikh 11.11.11. Tarikh yang sebelum ini disebut sendiri oleh Najib sebagai hari pembubaran parlimen pada awal tahun dulu. Beberapa kali tarikh 11.11.11 disebut-sebut sebagai tarikh untuk parlimen dibubarkan.

Hari ini 11.11.11, yang jatuh pada hari mulia Jumaat. Adalah satu peluang buat kem Najib membuat satu 'sudden strike'. Pihak manakah yang paling bersedia antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, seandainya parlimen benar-benar dibubar hari ini ? Sudah tentu BN lebih sedia kerana BN sudah merancang samada untuk pilihanraya awal ataupun pilihanraya lewat. 

Adalah merupakan satu kelebihan besar buat kerajaan pemerintah yang mengamalkan sikap tidak adil, apabila hanya mereka sahaja yang benar-benar tahu bilakah tarikh bubar parlimen. Element of surprise juga merupakan satu perancangan licik, yang membolehkan Barisan Nasional bersedia dengan senapang yang menghala ke Pakatan Rakyat, yang ketika itu sedang tercari-cari pedangnya.

Edyes juga percaya jika Barisan Nasional belum cukup persiapan, kita di Pakatan Rakyat pula lebih jauh tertinggal dari bersedia. Faktor penyediaan PACA yang cukup liat di kebanyakkan tempat membuktikan kita sebenarnya belum bersedia dan hanya mengharapkan angin kemarahan rakyat kekal seperti PRU Mac 2008. Maka jika Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan, bermakna kita tidaklah sekuat mana. Tidak mustahil juga Barisan Nasional terlebih dahulu membuat kira apabila beberapa ratus ribu PATI diputih(biru)kan...

Semua penganalisa politik juga menyedari bahawa semakin lama Barisan Nasional bertahan dengan mandat sedia ada, semakin Barisan Nasional ditolak oleh rakyat. Mengapa banyak penganalisis politik menjangka pembubaran parlimen bulan November, adalah kerana bulan inilah bulan yang paling banyak kebarangkalian Barisan Nasional bertahan, berbanding bulan Mac 2012 atau mana-mana bulan lain.

Pagi Jumaat yang mulia ini, sedar atau tidak, Najib mempengerusikan sebuah mesyuarat kabinet. Petang hari jumaat ini juga, Najib turut mempengerusikan sebuah lagi mesyuarat iaitu mesyuarat tertinggi Barisan Nasional. Apakah yang bakal diumumkan setelah dua mesyuarat ini selesai? Pembubaran parlimen?

Harus diingat, Najib masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan. Satu peluang dengan hari dan tarikh yang istimewa. Walaupun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa organisasi massa telah memberi amaran kepada Najib, namun kerakusan untuk terus menipu demi untuk terus memerintah menguatkan lagi kadar kepedulikan Najib kepada rakyat. Sudah 10 pilihanraya mereka tipu, apa salahnya jika tambah lagi satu?

Sekarang tinggal kita sahaja untuk buat pilihan, samada pilihanraya atau pilihanjalanraya. Percayalah, selagi kita sokong perhimpunan BERSIH, selagi itu kita masih memilih pilihanraya. Tetapi bila kita tidak dipeduli oleh kerajaan untuk membuat pilihan, maka kita juga boleh pedulikkan kerajaan dan pilihanraya ciptaan mereka...

Lawan tetap Lawan !! Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata...


sumber :- EDYES @ edyesdotcom
Komrad SAMM



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List