Tun Mahahtir takut Bayang bayang sendiri?

on Dec 17, 2011


Tun Mahahtir Mohamad menulis pasal "takut". Tidak dinafikan 99 peratus manusia diatas muka bumi Allah mengidap penyakit takut.Terutama sekali mereka takut "mati".

Mereka seolah olah mahu hidup sampai bila bila tanpa menyedari apabila tua kurang upaya dan tak mendapat layanan dari anak anak ada yang membunuh diri.

Apabila membaca rencana takut dalam blognya saya dapat membuat kesimpulan bahawa takut ini menghantui dirinya.Mungkin tak lena tidur kerana fikiran sering terganggu.

Atas sebab itu Tun terlalu marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Marah kerana telah membebaskan Datok Seri Anwar Ibrahim. Lebih lebih lagi Anwar telah diwar warkan akan menjadi perdana menteri ke tujuh selepas PRU 13 nanti.

Malahan kedudukan Anwar dan Najib, Anwar dikatakan popularitinya lebih tinggi berbanding Najib, miskipi Najib telah berbuat sesuatu yang baik kepada rakyatsepertiman slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Inilah yang membuat Tun Mahathir takut dan kecut perut. Cuba anda bayangkan jika ditakdir PKR menang dalam PRU 13 ini.

Pasti Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai perdana menteri ke tujuh. Perdana menteri walaupun ditembok pasti ditembusi peluru, tapi dia kebal dari segi undang undang dan perlembagaan Negara.

Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri yang di dakwa di mahkamah, miskipun sah terbabit dengan sebarang kes perfail tinggi sekali pun Perdana menteri tetap kebal.

Kekebalan ini sudah tak ada lagi pada diri Mahathir. Dia boleh didakwa jika pihak kerajaan mahu berbuat demikian.

Siapa tak takut jika dirinya sudah tidak kebal lagi. Maka penyaklit takut yang dihidapi Tun Mahathir telah diterjamahkan dalam rencana takut dan blognya.

Kalau panjang umar tak mustahil ada orang yang mencadangkan agar Tun Mahathir dikenal tindakan undang undang macam Kuala Lumpur membicarakan Bekas presiden Amerika Syarikat dan bekas perdana menteri Bristih.

Sehubungan dengan itu, Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan secara terbuka yang dia tidak akan berdendam. Tapi Tun Mahathir Tak percaya dengan pengakuan itu.Sebab itu dia takut akan nasibnya apabila kerajaan 1 malaysia bertukar teraju.

Memang pun manusia boleh buat kengakuan itu dan ini. Inilah yang membuat Tun Mahathir takut dan cuba nasihat orang umno jangan menggunakan bomoh,kerana bomoh tidak boleh beri jaminan manusia kebal macam apa yang berlaku pada dirinya setelah meletakkan jawatan perdana menteri.

Inilah yang membimbangkan Tun Mahathir sehingga mati matian memberi sokongan padu kepada usaha Najib membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 2.6 bilion demi menjamin kemenangan Umno/BN PRU 13 nanti.

Mengapa takut. Tak perlu takut. Mati tetap mati. Allah dah nyatakan diakhirat nanti yang baik jadi warga syurga dan yang jahat jadi warga neraka.

Kan berani kerana benar. Takut kerana salah. Yang takut itu pasti orang yang bersalah. Takut mati nyata mereka hidapi penyakit jahiliah.Yang perlu takut ialah takut masuk neraka maka tak akan berbuat dosa.Tapi kebanyakan manusia berani buat dosa.


sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List