BENARKAH BERITA INI.... "Azmin Ali mahu tinggalkan Pakatan Rakyat"....?

on May 9, 2013




Orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan mahu meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.
NONEMenurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan gabungan itu "kerana didakwa tidak puas hati dengan peruntukan jawatan exco kerajaan negeri Selangor di kalangan parti dalam Pakatan."

Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan - yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen - akan menurut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.

Di Twitter, beliau mengecam Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, sambil menggesa parti itu menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Azmin menulis dalam tweetnya: "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat."




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List