Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dalam twitternya malam tadi mengeluarkan kenyataan yang secara halus mempersoalkan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau meminta Penasihat PKR itu bermuhasabah serta mengakui kelemahan sendiri atas kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke 13.
"Gagal ke PutraJaya, salah siapa?. Ikuti penjelasan dalam masa terdekat...!" antara kenyataan Azmin dalam akaun twitter milik nya yang dilihat seperti ditujukan kepada Anwar.
Kata nya lagi, laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri dan jangan mengheret rakyat jika diri sendiri gagal.
Kenyataan Azmin itu merupakan tamparan terhadap Anwar yang pada waktu yang sama malam tadi sedang berucap dihadapan puluhan ribu penyokong pakatan pembangkang di Kelana Jaya bagi membantah keputusan pilihanraya ke 13.
Dalam twiteernya lagi, Azmin turut meminta keputusan rakyat dalam pilihanraya lalu diterima.
'Terima keputusan rakyat. Maju kehadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dam kemakmuran negara. "
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu pada rakyat bukan kerabat...!"
Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN
Salam hormat,
Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :
Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang
Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.
Sekian, terima kasih.
azmin ali membuat sidang akhbar
bukan dipejabat pkr
mungkin ada pekara besar:
1 - azmin ali akan mengembling tenaga
untuk terus melawan penipuan spr?
atau
2 - azmin ali akan menyatakan sokongan
kepada kerajaan selangor yang baru
untuk memadamkam tohmah dan fitnah
yang sering di kenakan kepada beliau
atau
3 - untuk letak jawatan dun gombak
untuk memastikan ada pru kecil
dan merancakkan suasana ombak
menentang penipuan spr
atau
4 - untuk meletakkan jawatan parlimen
untuk menyatakan tidak puas hati
kepada spr dan membuka
pilihan raya kecil untuk memberi tekanan
kepada spr
syabas!
jika ini belaku
inilah contoh pengorbanan pemimpin
membuka ruang untuk meluaskan demokrasi
wan azizah membuka ruang demokrasi
dan membawa kita
menjadi kita hari ini
0 comments:
Post a Comment