Showing posts with label Perhimpunan UMNO. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan UMNO. Show all posts

Betul ke Ibu Pejabat Umno ada bela banyak 'BABI'...?

on Dec 5, 2011


Masih lagi dalam 'mode' menghentam PAU 2011.Pagi ini terbaca artikel sahabat Tepak Bersulam 2 yang menghadapi masaalah sama dengan 'BABI BABI' dikalanganURUSETIA Perhimpunan Agung Umno 2011.Jadi bukanlah aku dan kengkawan UMB je yang menghadapi MASAALAH rupanya ramai bloggers PRO UMNO lagi yang dilayan macam anjing oleh 'babi babi' belaan RAOF SUK UMNO!

Ambik ko Raof !!!Bloggers datang nak buat liputan dan tulis baik baik pasal Umno kau halang.Sekarang apa kata KAMI tulis yang tak baik pulak pasal perjalanan PAU tempohari?Puas hati kau?Sekarang kau boleh cari bloggers upah diorang untuk defend kau dan Umno pulak..apa macam?He he he..


sumber dari  aku-tak-peduli




Malas nak cakap ada orang UMNO perangai macam Babi










Kami datang dengan semangat UMNO untuk membantu UMNO dan kerja kerja ini telah lama kami lakukan tapi kami bukan lah jenis yang mahu menonjol diri kehadapan. Niat kami sekumpulan datang ke PWTC ikhlas, saya bawa kumpulan blogers baru yang baru berjinak dalam ICT tetapi mereka ini berbakat.

Kami ada PAS media, kami juga ada PAS Media UMNO. tapi apa yang berlaku , babi pun tak kurang ajar dengan petugas UMNO di PWTC.Cakap baik baik tak payah rentap beg budak kami sampai koyak. Budak perempuan pula , bukan budak lelaki. Mereka ini tak ada budi bahasa. Kami ada PAS tapi dihalang masuk majlis pembukaan kami akur dan ikuti screen besar saja.

Dato' Raauf , kenapa simpan babi babi macam ini kerja dengan UMNO?????? Untuk pengetahuan Dato' UMNO tak bayar pun duit hotel dan makan minum atau tambang kami.Kami tidur dipinggir Kota Raya dan datang untuk mengulas menyahut saranan Presiden. Buta ke apa mereka ini. 



Kita melayu kena lah berbudi bahasa. pakai baju Melayu ke hulu ke hilir tapi kurang ajar. baru kerja dengan pejabat UMNO dah berlagak.kami hadapi banyak kesukaran pada perhimpunan UMNO kali ini. Kami ingat cukup dengan pas media saja, cukup dengan PAS media UMNO. 


Masa orang nak tulis dan bantu jangan lah biadab sangat, nanti bila orang hentam UMNO baru nak terhegeh hegeh cari bloggers. Yang lain akan saya ulas kemudian.UMNO oh UMNO.

Sumber dari  tepak bersulam

Photobucket

DANGDUT, KARAOKE, PUB DAN.................???

on Oct 24, 2010

Nampak, Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam jelas sekali masih gagal untuk memperjuangkan Islam di negara ini sebenarnya. Sudahlah perhimpunan selama lima hari itu dianggap sebagai "pentas budaya" oleh beberapa orang penganalisis politik berasakan kepada ia menjadi gelanggang untuk para pemimpin meluahkan gurindam, puisi, pantun dan lawak jenaka semata-mata. 

Namun, hakikatnya "wal hasil balik asal", tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya. Masing-masing hanya sibuk untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan tanpa mahu berpijak di bumi yang nyata. Malah ada kenyataan yang sanggup mengatakan bahawa parti UMNO itu akan hilang jika Melayu itu hilang. Banyak lagi kenyataan yang jelas tidak masuk dek akal diluahkan oleh pada perwakilan yang membahaskan usul sepanjang perhimpunan tersebut. 

Ternyata, pemimpin UMNO masih mengganggap bahawa parti itu sahaja yang dapat membela orang Melayu di negara ini. Bagi mereka, Melayu adalah UMNO dan mana-mana orang Melayu yang tidak menyokong "parti karat" itu dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dalam masa yang sama juga mereka langsung tidak membicarakan soal masalah-masalah dan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu itu sendiri.


 Misalnya masalahtanah rizab Melayu yang semakin menyusut atas nama pembangunan, masalah gejala sosial dan murtadnya anak-anak Melayu dan masalah orang-orang Melayu yang terus ditindas di bumi sendiri. Semua ini tidak mahu dibicarakan kerana ia amat sensitif dan boleh menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.

Siang Bersidang Malam Berhibur Hingga Ke pagi

Maka, akhirnya biar beberapa kali perhimpunan itu berlangsung natijahnya tetap sama. Perwakilan menjadikan ia sebagai pesta, siang bersidang malam berhibur di beberapa buah pusat hiburan sekitar ibukota. Senario inilah yang menjadi amalan biasa setiap kali perhimpunan parti itu berlangsung sejak dulu, kini dan selamanya. Maka, meriahlah pusat-pusat hiburan seperti pub, dandut, lounge, karaoke, club house, bistro & bar, disco dan sebagainya. 



Mereka menghabiskan masa dengan berpoya-poya dengan gro-gro hingga ke lewat pagi. Bukan setakat pemimpin bawahan yang berbuat demikian, malahan juga pemimpin-pemimpin besar dalam parti itu. Mereka tidak segan silu dan menganggap perkara itu adalah biasa bagi UMNO tanpa memikirkan akibatnya kelak.

Bukti, kelibat beberapa orang pemimpin UMNO di pusat dangdut itu

[Tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari, maka adengan ini pasti akan terjadi setiap kali musim persidangan itu sebenarnya. Rakyat melihat dan tertanya-tanya, apakah ini sifatnya pemimpin UMNO yang kononnya disanjung itu?. Akhlak dan akidah mereka hancur lebur dibuatnya. Malah, yang terpengaruh juga adalah golongan agama selepas dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Itu belum termasuk berapa ramai lagi gadis-gadis sunti yang menjadi mangsa ratahan pemuda UMNO itu sendiri. Inilah realiti dan fenomena yang berlaku dan tidak dapat diubah-ubah olehpemimpin UMNO yang kononnya berjuang membela agama, bangsa dan negara itu. Apakah wajar mereka yang seperti ini diangkat sebagai pemimpin agaknya?. Senario ini adalah amalan biasa yang mewarnai persidangan mereka sebenarnya. Maka itulah, akhlak pemimpin seperti ini terus rosak dan sukar dipulihkan lagi].



Analisis: Umno-APCO Terdesak: Perisytiharan "Operasi Lalang Fasa 2".....???

on




Ucapan penuh bahaya oleh Presiden Umno-APCO merangkap Perdana Menteri, Najib Altantuya semasa perhimpunan Umno-APCO sebenarnya mempunyai rahmat tersembunyi yang tidak ramai antara kita mengetahuinya.



Belum pernah dalam sejarah penubuhannya, Umno-APCO melancarkan "perisytiharan" perang ke atas musuh yang semakin digeruninya, Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Najib Altantuya memberi peringatan paling keras kepada perwakilan supaya dengan apa cara sekalipun, (termasuk melanggar undang-undang, mungkin), Putrajaya (simbol pemerintahan Kerajaan Persekutuan) mesti dipertahankan.

Dengan jelas, Najib Altantuya tidak sama sekali redha dengan Qada' dan Qadar, sekiranya Pakatan Rakyat dengan izin Yang Maha Esa memerintah Malaysia.

Begitu terdesaknya Umno-APCO hinggakan masalah keyakinan rakyat terhadap parti itu yang semakin dipersoalkan dibincang di tempat yang tidak sepatutnya, sedangkan hakikatnya kerajaan mesti menyelesaikan masalahnya dengan rakyat di Putrajaya, bukannya di Dewan Merdeka PWTC!

Ditambah lagi dengan penegasan Najib Altantuya yang kununnya mendakwa akan berlaku rampasan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi membolehkannya memperolehi majoriti mudah!

Omongan Najib Altantuya cuma satu omongan. Tetapi dengan ketidak selesaan parti itu serta komponennya dalam Barisan Najis, adalah tidak mustahil dia akan mendengar "nasihat" mentor politiknya sendiri, Mahathir Mohamad.

Imbas kembali Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan berbondong-bondong pemimpin pembangkang dibawa ke "hotel Kamunting" selama dua tahun, Najib Altantuya melihat inilah jalan terakhir yang mesti diambil untuk memastikan kelangsungan kekuasaan Umno-APCO.

Dan pilihan kedua yang lebih "selamat", humbankan Anwar Ibrahim sekali lagi ke Sungai Buloh kerana Ketua Pembangkang inilah punca Umno-APCO tidak lagi relevan di mata rakyat.

Rakyat menunggu-nunggu "pengumuman rasmi" Perdana Menteri untuk melancarkan "Operasi Lalang Fasa 2"!

Kita lihat nanti, siapa yang lebih berkuasa, Perdana Menteri atau Rakyat Malaysia!!!!!



GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???

on




terkejut sedang elok jalan-jalan disekitar KL Ternampak sebuah kereta mewah Giler kat sebuah lobi hotel yang berdekatan dengan PWTC

Beragak-agak lah nak datang Persidangan Pakai kereta macam tu
Najib datang PWTC pun naik Proton Perdana je

Heran Bin Ajaib
Ni semua nanti Bloggers yang nak kena jawab nanti

Ulasan Penggulungan Umno Oleh MSO

on



PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat bakal calon tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindim mengampu.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Ketiga-tiga ini yang ada kelas dan kualiti atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Sempora Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuat tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalahcopyright daripad acapan pada perhimpunan tahun lepas.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobok. Diawal pembukaan kata lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada di genggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada. Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa.




Syafie Apdal Beri Tali Gantung Kepada UMNO.......???

on


Syafie Apdal Beri Tali Gantung
Kepada UMNO?

1. Saya tidak tahu sama ada perkara ini akhirnya memakan diri sendiri, atau pun kita anggap ia sebagai perkara yang tidak memberi apa-apa kesan kepada parti. Yang pasti, cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Syafie Apdal (baca di sini) sudah mula menjadi "bola tanggung" parti pembangkang bagi menghentam UMNO. Saya fikir, pada waktu lain, biarlah cadangan seperti ini didiamkian sahaja. Kita gerakan sahaja jentera dan jangan cakap dikhalayak ramai. Sekarang apa yang perlu kita jawab apabila orang PAS berkata, "Kalau UMNO guna masjid untuk politik halal, tetapi kalau PAS guna untuk ceramah dan politik haram".


2. Perkara seperti ini, mungkin nampak remeh-temeh bagi para pemimpin UMNO, tetapi isu-isu seperti inilah yang mempengaruhi orang kampung. Saya sedih, masih ada pemimpin UMNO yang tidak berfikir panjang apabila berucap. Yang penat kita juga untuk menjawab. Saya bimbang hal-hal kecil seperti inilah yang akan merosakkan UMNO. Wallahualam.


Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu. 

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan PantaiMerdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.




SIAPA KAH ABU LAHAP ITU....???

on Oct 23, 2010

Zahid Hamidi: Ada Abu Lahab dalam Umno...???



Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu.


Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.



"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. GOlongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan. 



"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya yang juga menteri pertahanan dan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.



Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid juga menjelaskan, lima lagi Abu ialah:


  • Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
  • Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
  • Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
  • Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
  • Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.


Menyimpulkan penggulungannya, Zahid mengajak anggota parti itu menjadikan kisah enam Abu itu sebagai pedoman.



"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini," kata Ahmad Zahid lagi.


UCAPAN APA KAH INI.........???

on


Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa



(Harakahdaily) - Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.
Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.
Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN.
Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini.
"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan.
"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa.
Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi.
"Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya.
"Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.
Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini.
Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi.

"Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi.

"KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya.


Antara Negara Malaysia Dan Umno, Mana Lebih Ketat Kawalan nya.....???

on



Umno alukan 'tentera semut' PAS





pas members
Parti PAS dikesan telah menghantar wakil untuk mengikuti perjalanan mesyuarat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung, kata setiausaha kerja parti itu Datuk Abdul Rauf Yusof.

Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi.

"Setakat ini belum terima apa-apa laporan serius tapi kita harap semua pihak hormati langkah-langkah baru yang diambil (oleh urusetia)," katanya.

Langkah tersebut termasuk mengetatkan proses mengeluarkan pas kepada perwakilan, pemerhati dan juga orang kenamaan dan juga sokongan kawalan keselamatan oleh pasukan polis bantuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Kita tidak terima sebarang maklumat tentang pencerobohan tapi saya dimaklumkan bahawa pihak pembangkang telah menghantar wakil-wakil sebagai tentera semut untuk menyeludup ke dalam perhimpunan agung Umno.

"Tapi bagi Umno kita terima siapa saja yang datang mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara.

"Kita mengalu-alukan jugalah sekiranya PAS menghantar perwakilan tentera semut ini untuk memantau pemilihan agung Umno pasal kita rasa tidak ada yang perlu disembunyikan daripada orang awam kerana Umno selama ini begitu telus kepada semua rakyat Malaysia ini tentang perjuangan Umno itu sendiri," katanya lagi dalam satu sidang media di PWTC hari ini.

Jelasnya, golongan berkenaan bebas untuk mengikuti perjalanan mesyuarat melalui siaran litar tertutup yang yang disediakan di luar dewan tersebut.

Belum lihat Malaysiakini

malaysiakini versi bahasa malaysiaLangkah itu, katanya merupakan satu langkah keterbukaan yang ditunjukkan Umno.

"Kita harap mereka dapat terima cara baru kita. Kita sedang tunggu maklum balas semua orang, kita tunggu maklumat untuk dapat kita perhalusi dalam mesyuarat bedah siasat kita selepas ini," katanya.

Bagaimanapun, langkah itu tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak, katanya lagi yang menujukan saranan tersebut kepada portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

"Tapi Umno menerima secara terbuka kerana kita membebaskan diri kita dari belenggu dengan mengizinkanThe Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan semasa perhimpunan kali ini," katanya.

Ditanya mengenai laporan media rasminya Umno Online hari ini mengenai dua laporan Malaysiakini yang dipertikaikan itu, Abdul Rauf bagaimanapun tidak dapat menjelaskannya kerana belum melihatnya lagi.

Dua laporan berkenaan merupakan satu laporan langsung dan juga satu laporan yang disifatkan "memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli Umno adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu."

"Saya tidak dapat lagi melihat apa laporan dalam Malaysiakini saya tengah tunggu maklumat. Saya harap Malaysiakini juga berlaku adil kepada kita dengan sikap keterbukaan kita begitu juga The Malaysian Insider, melaporkan benda yang didengar dengan nyata.

"Walaupun ada pandangan berbeza daripada sudut berbeza tapi daripada kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputarbelitkan.

"Terserah kepada masyarakat untuk menerima maklum balas yang dilaporkan sama ada ia benar atau tidak memandangkan keterbukaan Umno kali ini menunjukkan Umno lebih matang memperjuangkan nasib bangsa daripada pembangkang," katanya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List