Analisis: Umno-APCO Terdesak: Perisytiharan "Operasi Lalang Fasa 2".....???

on Oct 24, 2010




Ucapan penuh bahaya oleh Presiden Umno-APCO merangkap Perdana Menteri, Najib Altantuya semasa perhimpunan Umno-APCO sebenarnya mempunyai rahmat tersembunyi yang tidak ramai antara kita mengetahuinya.



Belum pernah dalam sejarah penubuhannya, Umno-APCO melancarkan "perisytiharan" perang ke atas musuh yang semakin digeruninya, Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Najib Altantuya memberi peringatan paling keras kepada perwakilan supaya dengan apa cara sekalipun, (termasuk melanggar undang-undang, mungkin), Putrajaya (simbol pemerintahan Kerajaan Persekutuan) mesti dipertahankan.

Dengan jelas, Najib Altantuya tidak sama sekali redha dengan Qada' dan Qadar, sekiranya Pakatan Rakyat dengan izin Yang Maha Esa memerintah Malaysia.

Begitu terdesaknya Umno-APCO hinggakan masalah keyakinan rakyat terhadap parti itu yang semakin dipersoalkan dibincang di tempat yang tidak sepatutnya, sedangkan hakikatnya kerajaan mesti menyelesaikan masalahnya dengan rakyat di Putrajaya, bukannya di Dewan Merdeka PWTC!

Ditambah lagi dengan penegasan Najib Altantuya yang kununnya mendakwa akan berlaku rampasan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen bagi membolehkannya memperolehi majoriti mudah!

Omongan Najib Altantuya cuma satu omongan. Tetapi dengan ketidak selesaan parti itu serta komponennya dalam Barisan Najis, adalah tidak mustahil dia akan mendengar "nasihat" mentor politiknya sendiri, Mahathir Mohamad.

Imbas kembali Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan berbondong-bondong pemimpin pembangkang dibawa ke "hotel Kamunting" selama dua tahun, Najib Altantuya melihat inilah jalan terakhir yang mesti diambil untuk memastikan kelangsungan kekuasaan Umno-APCO.

Dan pilihan kedua yang lebih "selamat", humbankan Anwar Ibrahim sekali lagi ke Sungai Buloh kerana Ketua Pembangkang inilah punca Umno-APCO tidak lagi relevan di mata rakyat.

Rakyat menunggu-nunggu "pengumuman rasmi" Perdana Menteri untuk melancarkan "Operasi Lalang Fasa 2"!

Kita lihat nanti, siapa yang lebih berkuasa, Perdana Menteri atau Rakyat Malaysia!!!!!



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List