Malu kapal selam tersadai.....???

on Oct 24, 2010


Sebelum ini Malaysia dikritik hebat, malah menjadi gelak ketawa dunia apabila kapal selam Scorpine yang dibeli dengan penuh kontroversi oleh Kerajaan Malaysia daripada Perancis dilaporkan tidak mampu untuk menyelam. Sebaliknya Kapal Selam Scorpine Malaysia terpaksa diiringi untuk ke Malaysia bimbang anak kapal mati kerana bila menyelam takut tak boleh timbul pulak.

Kali ini berita lucu pula dari Britain yang memberi malu besar kepada Kerajaan Britain. Kapal selam nuklear kebanggaan Britain dilaporkan tersadai.

LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.

Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype kelmarin.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.

"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute ditunda pada petang kelmarin.

Kapal selam sepanjang hampir 100 meter itu dapat menghasilkan air minuman dan udara daripada air laut sekali gus mampu menyelam mengelilingi dunia tanpa timbul ke permukaan.

HMS Astute membawa torpedo berat Spearfish 38 dan peluru berpandu Tomahawk Serangan Darat yang boleh mengenai sasaran di Afrika Utara dari Britain. - Agensi




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List