Ulasan Penggulungan Umno Oleh MSO

on Oct 24, 2010



PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat bakal calon tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindim mengampu.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Ketiga-tiga ini yang ada kelas dan kualiti atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Sempora Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuat tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalahcopyright daripad acapan pada perhimpunan tahun lepas.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobok. Diawal pembukaan kata lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada di genggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada. Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa.




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List