DANGDUT, KARAOKE, PUB DAN.................???

on Oct 24, 2010

Nampak, Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam jelas sekali masih gagal untuk memperjuangkan Islam di negara ini sebenarnya. Sudahlah perhimpunan selama lima hari itu dianggap sebagai "pentas budaya" oleh beberapa orang penganalisis politik berasakan kepada ia menjadi gelanggang untuk para pemimpin meluahkan gurindam, puisi, pantun dan lawak jenaka semata-mata. 

Namun, hakikatnya "wal hasil balik asal", tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya. Masing-masing hanya sibuk untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan tanpa mahu berpijak di bumi yang nyata. Malah ada kenyataan yang sanggup mengatakan bahawa parti UMNO itu akan hilang jika Melayu itu hilang. Banyak lagi kenyataan yang jelas tidak masuk dek akal diluahkan oleh pada perwakilan yang membahaskan usul sepanjang perhimpunan tersebut. 

Ternyata, pemimpin UMNO masih mengganggap bahawa parti itu sahaja yang dapat membela orang Melayu di negara ini. Bagi mereka, Melayu adalah UMNO dan mana-mana orang Melayu yang tidak menyokong "parti karat" itu dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dalam masa yang sama juga mereka langsung tidak membicarakan soal masalah-masalah dan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu itu sendiri.


 Misalnya masalahtanah rizab Melayu yang semakin menyusut atas nama pembangunan, masalah gejala sosial dan murtadnya anak-anak Melayu dan masalah orang-orang Melayu yang terus ditindas di bumi sendiri. Semua ini tidak mahu dibicarakan kerana ia amat sensitif dan boleh menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.

Siang Bersidang Malam Berhibur Hingga Ke pagi

Maka, akhirnya biar beberapa kali perhimpunan itu berlangsung natijahnya tetap sama. Perwakilan menjadikan ia sebagai pesta, siang bersidang malam berhibur di beberapa buah pusat hiburan sekitar ibukota. Senario inilah yang menjadi amalan biasa setiap kali perhimpunan parti itu berlangsung sejak dulu, kini dan selamanya. Maka, meriahlah pusat-pusat hiburan seperti pub, dandut, lounge, karaoke, club house, bistro & bar, disco dan sebagainya. 



Mereka menghabiskan masa dengan berpoya-poya dengan gro-gro hingga ke lewat pagi. Bukan setakat pemimpin bawahan yang berbuat demikian, malahan juga pemimpin-pemimpin besar dalam parti itu. Mereka tidak segan silu dan menganggap perkara itu adalah biasa bagi UMNO tanpa memikirkan akibatnya kelak.

Bukti, kelibat beberapa orang pemimpin UMNO di pusat dangdut itu

[Tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari, maka adengan ini pasti akan terjadi setiap kali musim persidangan itu sebenarnya. Rakyat melihat dan tertanya-tanya, apakah ini sifatnya pemimpin UMNO yang kononnya disanjung itu?. Akhlak dan akidah mereka hancur lebur dibuatnya. Malah, yang terpengaruh juga adalah golongan agama selepas dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Itu belum termasuk berapa ramai lagi gadis-gadis sunti yang menjadi mangsa ratahan pemuda UMNO itu sendiri. Inilah realiti dan fenomena yang berlaku dan tidak dapat diubah-ubah olehpemimpin UMNO yang kononnya berjuang membela agama, bangsa dan negara itu. Apakah wajar mereka yang seperti ini diangkat sebagai pemimpin agaknya?. Senario ini adalah amalan biasa yang mewarnai persidangan mereka sebenarnya. Maka itulah, akhlak pemimpin seperti ini terus rosak dan sukar dipulihkan lagi].



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List