Pengumuman Rasmi Calon Pakatan Rakyat P185 Batu Sapi

on Oct 24, 2010



Anwar Lancar Jentera PRK Pakatan Rakyat P185 Batu Sapi




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan jentera pilihan raya kecil Batu Sapi dalam lawatan kerja beliau sehari ke Sabah esok.



Sebelum itu Anwar djadualkan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah pada pukul 9.00 pagi sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.


Pelancaran jentera pilihan raya kecil KEADILAN Batu Sapi akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di pejabat cabang di Bandar Ramai-Ramai.

Majlis pelancaran akan dirancakkan dengan ucaptama Anwar selain pimpinan parti termasuk Naib Presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Fauziah Salleh, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, Pengerusi MPN Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Chua Jui Meng.

Sekretariat Pakatan Rakyat PAS Sabah pula akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Sabah di Dewan Hakka di Batu 5, Jalan Utara sebagai kemuncak kepada lawatan Anwar ke Sabah.

Himpunan itu akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. program tersebut akan diisi dengan pembentangan kertas kerja berhubung tanah adat (NT), tayangan video serta pelancaran Deklarasi Tanah Sabah.


Pada pukul 5.00 petang Anwar bersama Abdul Hadi dan Kit Siang akan melancarnan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Batu Sapi di lokasi yang sama.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List