Syafie Apdal Beri Tali Gantung
Kepada UMNO?
Kepada UMNO?
1. Saya tidak tahu sama ada perkara ini akhirnya memakan diri sendiri, atau pun kita anggap ia sebagai perkara yang tidak memberi apa-apa kesan kepada parti. Yang pasti, cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Syafie Apdal (baca di sini) sudah mula menjadi "bola tanggung" parti pembangkang bagi menghentam UMNO. Saya fikir, pada waktu lain, biarlah cadangan seperti ini didiamkian sahaja. Kita gerakan sahaja jentera dan jangan cakap dikhalayak ramai. Sekarang apa yang perlu kita jawab apabila orang PAS berkata, "Kalau UMNO guna masjid untuk politik halal, tetapi kalau PAS guna untuk ceramah dan politik haram".
2. Perkara seperti ini, mungkin nampak remeh-temeh bagi para pemimpin UMNO, tetapi isu-isu seperti inilah yang mempengaruhi orang kampung. Saya sedih, masih ada pemimpin UMNO yang tidak berfikir panjang apabila berucap. Yang penat kita juga untuk menjawab. Saya bimbang hal-hal kecil seperti inilah yang akan merosakkan UMNO. Wallahualam.

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.
Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.
Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan PantaiMerdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.
"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.
Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.
Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.

0 comments:
Post a Comment