Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera.
"Saya tak ingatlah akan cepat. Ada masa lagi,” katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menyentuh mengenai ucapan penggulungan Najib selaku presiden parti, Dr Mahathir berkata, ia bukan sahaja membangkitkan semangat UMNO yang dahulu malah turut menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan dan menghapuskan kekeliruan.
0 comments:
Post a Comment