Anwar Ibrahim VS Utusan dan Berita Harian.

on Oct 8, 2010

Ketetapan PKR untuk melarang mana-mana ahlinya menggunakan media milik pemerintah BN menjadi isu hangat dikalangan pimpinan dan juga rakyat biasa seperti saya dan saudara. Saya berpendapat arahan itu bolehlah diterima secara dasarnya tetapi mana mungkin Utusan Malaysia dan Kumpulan Straits Times boleh membelakangkan isu PKR ini kerana PKR adalah musuh yang paling ditakuti oleh UMNO.

Setakat mengelak dari memberikan kenyataan bertulis kepada media-media mungkin boleh dilakukan tetapi untuk menegah Utusan dan Berita Harian untuk melupakan PKR adalah satu perkara yang sangat mustahil.

Bagi saya PKR tidak perlu takut dengan permainan Utusan dan Kumpuilan Straits Times kerana akhbar itu tidak lagi diyakini oleh pembaca. Apa sahaja yang dilakukan oleh akhbar-akhbar perdana ini diterima oleh rakyat dengan penuh kesangsian. Imej akhbar ini sudah jatuh begitu ketara kerana The New Sstraits Times sekarang hanya menerbitkan bawah dari seratus ribu naskah kerana tidak lagi diminati oleh pembaca.

Utusan Malaysia juga menghadapi penurunan pembaca yang sangat ketara yang kini hanya menerbitkan kurang dari 90,000 naskah setiap hari. Keadaan ini menunjukkan betapa kurangnya kredibiliti dua akhbar ini disebabkan secara beransur-ansur akhbar-akhbar ini sudah dianggap sebagai akhbar pemecah belah rakyat dan menumpukan kepada isu-isu yang bersifat rasis.

Jika akhbar-akhbar ini benar-benar berpengaruh masakan penerbitannya sudah jatuh melebihi 40 peratus jika dibandingkan beberapa tahun dahulu. Tidak semua apa yang dikatakan oleh Utusan itu tidak betul. Keputusan cabutan judi 4-ekor masih tepat dan tidak ada salahnya. Malah sebahagian yang membeli akhbar itu katanya ialah untuk melihat keputusan cabutan loteri dan sebagainya. Begitu juga Berita Harian dan Straits Times.

Saya rasa memulaukan akhbar tersebut dibuat secara resmi dan formal adalah keputusan yang sia-sia. Akhbar-akhbar tersebut memang hari demi hari sudah dilupakan oleh pembaca kerana kredibilitinya sudah jatuh menjunam.

Bagi Anwar Ibrahim tidak payahlah melalak sehingga keLondon untuk menolak akhbar yang mendapat permit untuk menerbitkannya. Semata-mata kerana Zaid Ibrahim mendapat liputan akbar-akhbar tersebut maka beliau merasa bimbang dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Anwar tidak wajar takut kerana Utusan Malaysia memang bukan lagi akhbar yang dibaca ramai. Yang Anwar perlu memberikan tumpuan ialah untuk menjadi pemimpin PKR yang tidak berat sebelah jika ada persaingan diantara pemimpin-pemimpin didalam partinya semasa pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini. 

Jika Utusan dan Berita Harian menyokong parti-parti dalam BN sahaja, Anwar didalam partinya pula hanya menyokong individual tertentu sahaja. Jika sikap ini tidak dapat diubah oleh Anwar, maka kemungkinan partinya tidak diyakini oleh rakyat seperti yang dialami oleh UMNO berkemungkinan akan berlaku.

Didalam partinya sendiri Anwar bersikap, ‘kasihnya bertompok-tompok, bencinya pula merata-rata’; tidak ubah seperti Utusan dan Berita Harian yang dibencinya itu. 

Kerajaan Tidak Punyai Kuasa Untuk Sekat Kenaikan Harga Susu....Siapa Kah Yang Ada Kuasa Itu....????

on

Kenyataan Celupar Kononnya Kerajaan BN Tidak Punyai Kuasa Untuk Sekat Kenaikan Harga Susu Buktikan Rakyat Sebenarnya Tidak Di Dahulukan





Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto)berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia. 

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi. "Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini. 

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebihAS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas.


[Sungguh celupar mulut si Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera ini. Tanpa memikirkan slogan "rakyat didahulukan" begitu mudah beliau berkata kerajaan tidak dpat mengelakkan kenaikan harga susu di negara ini. Kononnya ia perkara biasa. Soalnya sekarang, itu perkara biasa bagi siapa?. Adakah ia bagi rakyat?. Kenyataan Ismail ini jelas sekali melambangkan sikap sebenar pemimpin UMNO BN itu. Jika dulu beliau berjanji harga gula tidak akan dinaikkan, tapi tiba-tiba gula dinaikkan juga. Jika kerana harga gula meningkat di pasaran duni menjadi punca kenaikan. Kenapa bila harga pasaran dunia turun, harga di negara kita tidak ikut turun. Ini juga berlaku dengan harga minyak, harga naik mengikut pasaran dunia. Tetapi harga tidak pula turun bila pasaran dunia turun. Inilah dia bukti betapa pandainya kerajaan UMNO BN menipu rakyat.Slogan rakyat didahulukan hanyalah retorik politik mereka sahaja untuk meraih undi setiap kali menjelangnya musim pilihanraya. Justeru itu rakyat di DUN Galas diminta membuka mata atas kenyataan menteri ini. Jika tidak mereka juga akan tanggung bebannya]. -PDO

Universiti Malaysia Pahang Permainkan Program Anjuran Mahasiswa

on

Dek Kerana Takutkan Kelibat 'Ketua Pemuda PAS' Serta 'Presiden GAMIS', Pihak Universiti Malaysia Pahang Permainkan Program Anjuran Mahasiswa





 Gara-gara takut dengan kelibat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Idris Mohd Yusoff maka pihak pentadbiran Universiti Malaysia Pahang telah menggagalkan penganjuran Wacana Ilmu Mahasiswa Politik anjuran sekumpulan pelajar tahun akhir universiti itu. Wacana yang sepatutnya diadakan pada 30 September lalu, telah digagalkan oleh pihak pentadbiran universiti dengan berbagai helah yang tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan penganjuran ini menyebabkan para pelajar terbabit kecewa dan bertindak untuk mengadakan satu "Majlis Penerangan" tengahari ini. Menurut maklumat, program yang telah mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu sepatutnya menampilkan ahli paner yang terdiri daripada Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Mohd Idris Mohd Yusoff (Presiden Gamis),Dr.Sarjit Singh (Pensyarah Universiti Putra Malaysia) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Manakala tajuk yang telah dipilih ialah "Wacana Ilmu Mahasiswa Politik: Adakah Kita Sudah Bersedia". Difahamkan, susulan adanya nama Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, maka Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UMP dikatakan sengaja menolak permohonan pihak terbabit dengan alasan kononnya tajuk wacana itu tidak sesuai. Malah JHEPA meminta pihak berkenaan meminda tajuk dan senarai ahli panel.

Pelajar Kecewa, Anjurkan Satu Majlis Penerangan 

Maka, pada 24 September 2010 satu perjumpaan telah diadakan dengan Naib Canselor UMP iaitu Dato' Dr.Daing Nasir Ibrahim (foto) mengenai program tersebut. "Kami telah mengemukakan tajuk baru berkaitan usaha penyuburan demokrasidikalangan mahasiswa di kampus. Malah kami juga bersetuju mencadangkan nama Naib Canselor terbabit bagi menggantikan Ustaz Nasharuddin (PAS) dan Mohd Idris (Gamis). Bagaimana pun Dr.Daing telah meminta kami menukarkan tajuk kepada yang lebih bersifat global", kata kenyataan pihak berkenaan. Dalam pertemuan itu, tambahnya, Naib Canselor turut memberi beberapa cadangan tajuk yang berkaitan dengan sosial dan integriti. Berikutan masalah untuk kelulusan itu, katanya, mereka mengubah tarikh mengadakan wacana kepada 7 Oktober (hari ini). "Kebetulan pada tarikh tersebut, berlangsung ekspo konvokesyen UMP, dan kami mencadangkan kepada pengerusi ekspo supaya wacana diadakan sewaktu ekspo berlangsung. "Pada mulanya ia dipersetujui oleh pengerusinya tetapi ia dibatalkan kemudiannya kerana masalah tajuk wacana itu," tegasnya.

Gara takut dengan kelibat dua pemimpin ini maka akhirnya
wancana mahasiswa tahun akhir UMP dipermain-mainkan
[ Ustaz Nasharuddin (kiri) dan Mohd Idris (kanan) ]

Berikutan itu pelajar terbabit akan mengadakan satu majlis penerangan esok bagi menyuarakan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka berhubung isu pembatalan program berkenaan. Majlis penerangan itu akan diadakan di Kafeteria Kolej Kediaman Pertama UMP pada jam 12 tengahari ini. Sekitar 100 orang pelajar dijangka menghadiri majlis itu.


[Apa yang berlaku ini memang sungguh memalukan dan menjatuhkan imej Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang bakal melahirkan golongan intelektual sebenarnya. Wacana yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan input-input politik secara neutral itu telah dipermainkan oleh pihak pentadbiran yang takut tidak bertempat. Bukankan wacan itu turut mengundang seroang Timbalan Menteri UMNO iaitu Saifuddin Abdullah (foto) sebagai Ahli Panelnya. Maka, apa yang harus ditakutkan sangat sebenarnya. Bukankah ada pengerusi panel yang boleh memainkan peranan untuk memastikan skop yang dibincangkan itu tidak terlalu menjurus ke arah provokasi semata-mata. Makanya, tidak perlu pihak UMP mempermain-mainkan pelajar sedemikian rupa. Beri mereka peluang untuk mendengar pandangan daripada semua pihak agar ilmu yang dipelajari itu akan mematangkan mereka apabila keluar kelak. Tindakan UMP ini amatlah memualkan sama sekali, kerana jelas cuba menyekat dan mengongkong para pelajar, bairpun mereka sudah berada di tahun akhir. Amatlah merugikan bila masih ada sikap sedemikian pada golongan cerdik pandai terbabit, sedangkan dari maklumat kami ramai staff UMP menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya]. -PDO


Pemimpin MCA Menyertai Parti Keadilan Rakyat......!!!!

on

Panas: Tamparan Hebat Buat Puak BN Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas Apabila Seorang Lagi Pemimpin MCA Menyertai Parti Keadilan Rakyat !!





Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng(foto), akhirnya mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lee, yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dapat parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara. Beliau berkata pada mulanya memang agak keberatan untuk meninggalkan parti. "Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya. Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008. Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lepas apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya. Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

[Ternyata kemasukan pemimpin MCA ini bakal melonjakkan sokongan rakyat terhadap PKR. Tambahan pula disaat berbagai isu baru muncul untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat yang sedang dihadapinya itu. Semoga kemasukan Lee Chong Meng ini akanmemberi suntikan baru kepada Pakatan Rakyat agar ia terus diterima oleh semua. UMNO BN pasti terkejut dengan insiden ini, tambahan pula mereka masih menyangkan yang pakatan karat mereka itu masih mendapat sokongan rakyat. Walhal, rakyat sebenarnya sudah muak dengan berbagai tawaran janji manis yang akhirnya mendera mereka pula.Harapan kita selepas ini lebih ramai lagi pemimpin UMNO BN yang akan kembali kepada rakyat. Senario ini secara tidak langsung akan melonjakkan kepercayaan rakyat untuk membawa PKR dan sekutunya menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum nanti].  -PDO

Rahimi Menipu, Latheefa Mahu Ambil Tindakan Undang-undang.

on Oct 7, 2010

Haha...Tak berapa hebat skrip kali ini. dan Latheefa Koya pula diheret dalam cerita terbaru. Menipu tahap gaban si Rahimi dan puak-puak dajjal ni...Siapa pengarah filem kali ini? Poinnya satu sahaja iaitu untuk memastikan bahawa PM dan isteri tidak terlibat dalam konspirasi II ini...dan berapakah jumlah yang dibayar kepada Rahimi? Pasti lumayan...


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya menafikan sekeras- kerasnya dakwaan Rahimi Osman bahawa beliau memaksa bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu menandatangani dua akuan bersumpah berhubung pembabitan Perdana Menteri dan isterinya dalam konspirasi Fitnah II terhadap Ketua Oposisi.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan apa-apa paksaan ke atasnya. Dia pada ketika itu adalah salah seorang saksi berkaitan kes DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebagai peguam pasukan pembelaan, kami hanya semata-mata menyediakan kenyataan untuk saksi-saksi yang berkenaan. Ini merupakan cara lazim dalam sesuatu pembelaan. Dia telah secara sukarela bekerjasama pada setiap masa," kata Latheefa dalam satu SMS kepada Suara Keadilan petang tadi.

Latheefa berkata adalah tidak masuk akal dan ganjil Rahimi menunggu lebih dua tahun untuk mengatakan beliau dipaksa menandatangi surat akuan yang tidak pun pernah digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar yang berjalan kini.

"Saya mendapati kenyataannya adalah fitnah dan berniat jahat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya akan memanggil satu sidang akhbar untuk penjelasan lebih lanjut perkara ini," jelas beliau.

Rahimi yang pernah bekerja di pejabat Ketua Umum sebagai pembantu petang tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang berhubung dakwaannya terhadap Latheefa.

Beliau mendakwa terpaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai dalang di belakang konspirasi liwat terhadap Anwar melalui bekas pembantu yang juga rakan baik Rahimi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Majalah Economist Jangka Muhyidin Lawan Najib Untuk Jawatan Presiden UMNO....???

on

najib-muhyidin_440xLaporan terkini Economist Intelligence Unit (EIU) menjangkakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mencabar bosnya, Datuk Seri Najib Razak untuk merampas kerusi Presiden Umno pada pemilihan parti itu tahun depan dan senario ini akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Malaysia.

"Umno dilihat lebih cenderung kepada pertarungan dalam merebut jawatan tertinggi parti itu tanpa menghiraukan kepentingan parti lain dalam komponen Barisan Nasional dan ini bakal berlaku ketika kedudukan kuasa BN mula terancam.

"Dalam situasi begini, pergolakan politik akan menjadi halangan terbesar untuk mereformasikan ekonomi. Usaha memperlecehkan kredibiliti Perdana Menteri, Najib Razak sehingga pada satu tahap meletakkan beliau dalam risiko bagi menggantikannya sebagai Presiden Umno sekaligus mengambilalih tampuk pemerintahan," kata EIU  dalam laporan terbaru mereka.

Ia ternyata jelas apabila Muhyiddin tidak pernah benar-benar menyokong mana-mana dasar Najib semenjak hari pertama beliau memegang jawatan Perdana Menteri walaupun mereka berdua dilihat berkempen sebagai satu pasukan semasa pemilihan Umno 2009. 

Pada ketika itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendahului pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden mengumumkan berundur diri daripada pertandingan itu bagi memberi laluan kepada Muhyiddin, yang mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, Muhyiddin dan Dr Mahathir telah bersatu tenaga dengan pertubuhan ultra Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan gandingan ini dilihat mempunyai kuasa yang lebih besar di dalam Umno berbanding Najib.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali dalam reaksinya menyifatkan perkara itu sebagai perkembangan terbaru yang menarik apabila Dr Mahathir mula menyalahkan barisan kepimpinan Najib sebagai punca utama 'Wawasan 2020' yang diasaskannya sukar dicapai.

"Nampaknya, Dr Mahathir mula mengkritik dan menyindir kepimpinan Najib sementara Najib yang terdesak mula menyalahkan mentornya dan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sehingga menyebabkan parti itu terjerumus di dalam masalah yang lebih besar.

"Ini semuanya menunjukkan perkembangan politik yang semakin menarik dan wajar diikuti," ujar beliau melalui twitternya.


Ada Yang Dah Berangan Nak Jadi Menteri Bila PR Menang....Kah Kah Kah..???

on



   
Gambar: Calon Ketua Cabang Kota Raja, S. Kottapan menunjukkan kesan luka akibat pergaduhan semasa pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada sidang akhbar di sini hari ini.



KLANG: Seorang calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja yang mendakwa diserang oleh sekumpulan 40 samseng semasa kekecohan pemilihan pimpinan cabang itu mahu PKR pusat menyiasat kejadian itu dengan segera.

S.Kottapan berkata, beliau difahamkan siasatan akan dilaksanakan selepas pemilihan peringkat tertinggi parti November ini.

Bagaimanapun, jika hendak menunggu sampai tamat pemilihan pusat ia sudah lewat, katanya kepada pemberita di dalam sebuah wad pusat perubatan swasta di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang ingin beliau saksikan daripada PKR pusat, beliau berkata:" Saya mahu pemilihan ini dibatalkan." Jika tiada tindakan diambil bermakna tiada keadilan, katanya.

Beliau mendakwa, semasa berlaku kekecohan pemilihan cabang Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga, peti-peti undi pada pemilihan itu telah dibawa ke PKR pusat.

Bagaimanapun, Kottapan mendakwa tiada wakil beliau dipanggil semasa pengiraan undi dan kemungkinan tinggi peti-peti undi itu telah diusik.

Dalam pemilihan yang berlangsung pada 26 September itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar telah diumumkan oleh laman web parti itu memenangi jawatan Ketua Cabang Kota Raja.

Bagaimanapun, Kottapan berkata, beliau telah menghantar surat bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Molly Cheah mengenai kekecohan semasa pemilihan itu.

Kottapan juga kesal dengan dakwaan beberapa pemimpin PKR bahawa kecederaan yang dialaminya itu adalah lakonan.

Katanya, beliau mengalami kecederaan pada rahang dan telinga kanannya masih lagi sakit kerana ditumbuk dan ligamen di bahagian lutut kirinya juga cedera akibat ditendang bertubi-tubi dan kecederaan beliau akan terbukti apabila imbasan dan laporan perubatannya siap.

Ditanya apakah faktor yang mendorong kekecohan ini berlaku, beliau mendakwa perkara itu berlaku apabila terdapat segelintir penyandang ketua cabang yang menggunakan taktik kotor bagi mengekalkan jawatan masing-masing.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang bertanding sudah memasang angan-angan mahu menjadi menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kontroversi Pemilihan Di Cabang Hulu Selangor...???

on


Kontroversi: Pembatalan Keputusan Pemilihan Di Cabang Hulu Selangor, Campur Tangan Azmin Ali Di Percayai Menjadi Punca Kekecewaan Ahlinya !!





HULU SELANGOR, 7 Okt [3.15 am] - Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan keputusan pemilihan parti di cabang itu baru-baru ini. Difahamkan keputusan di cabang terpaksa dibatalkan gara-gara "kertas undi terlebih daripada jumlah bilangan yang keluar mengundi". Menurut sumber keputusan pembatalan ini tidak sepatutnya berlaku dan amat menyusahkan pengundi. Tambahan pula kesalahan sebenarnya bukan terletak kepada pengundi, tetapi kepada kecuaian dan kealpaan JPP mengendalikan proses pemilihan di cabang itu sebenarnya. Dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang itu, seramai tujuh orang calon telah menawarkan diri. Keputusan dipercayai diketahui sekitar jam4.00 pagi dan menyaksikan calon Nazar Yakinsepatutnya diisytiharkan menang dengan mendapat sebanyak 377 undi. Calon popular bagi jawatan itu iaitu Khalid Jaafar hanya mendapat 323 undi sahaja dibelakang Razali Mokhtar (342 undi). Sementara itu calon lain iaitu SM Poobalan (172 undi), Mat Rahat (120 undi), Sulrusli (113 undi) dan Nasharuddin (27 undi). Jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 1,622, sebaliknya jumlah kertas undi yang dikeluarkan pula ialah1,583 . Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak 39 kertas undi. Lantaran itu JPP telah membuat satu keputusan mengejutkan semua pihak dengan membatalkan keputusan tersebut. Pembatalan juga telah dibuat ke atas semua jawatan yang dipertandingkan kerana terdapat juga perbezaan jumlah pengundi dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Khabarnya kemungkinan pemilihan semula akan diadakan serentak dengan pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Pusat(MPP) nanti.

Campur Tangan Azmin Di Percayai Menjadi Punca

Susulan keputusan tersebut, ramai ahli yang amat kecewa dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Menurut seorang ahli PKR cabang itu berkata "Saya sanggup menunggu hingga ke subuh semata-mata untuk mengetahui keputusan pemilihan berkenaan. Tiba-tiba JPP memaklumkan keputusan dibatalkan. Bukankah ini tidak adil bagi kami yang sudah bersusah payah membuang undi untuk menyuburkan amalan demokrasi itu", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada "tangan ghaib" yang sengaja diarahkan meletakkan lebihan kertas undi semasa proses pengiraan sudah tamat dijalankan. "Saya percaya ini kerja orang atasan yang berpakat dengan JPP untuk pastikan keputusan tersebut dibatalkan. Tambahan pula saya difahamkan pemenang jawatan itu Nazar Yakin (foto) adalah orang Zaid Ibrahim. Beliau menewaskan orang Azmin iaitu Khalid Jaafar. Mungkin dek kerana kecewa dengan keputusan itu maka Azmin telah berpakat dengan JPP untuk memasukkan kertas undi tambahan bagi membolehkan keputusan dibatalkan secara teknikal", tambah beliau lagi. 

Kekalahan orang Azmin, Khalid Jaafar (kiri) kepada orang Zaid
Nazar Yakin (kanan) dikatakan menjadi punca pembatalan itu
Malah ramai juga ahli PKR cabang itu yang mengesyaki perkara yang sama, kerana mereka hairan JPP begitu mudah membatalkan keputusan berkenaan tanpa mengambilkira susah payah semua perwakilan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. "Memang kami tidak kisah, pemilihan diadakan semula. Namun, kami hairan kenapa kes ini berlaku sedangkan kertas undi itu dikeluarkan oleh JPP sendiri. Maknanya mereka sengaja membuat penipuan untuk mengaburi mata kami. Apakah ini demokrasi namanya. Bila kalah mereka sanggup mengambil tindakan yang jelas mengecewakan ramai pihak termasuk calon yang bertanding", katanya. Kini heboh diperkatakan bahawa Azmin Ali dipercayai terlibat merencana pembatalan itu selepas melihat Khalid Jaafar tewas kepada orang Zaid Ibrahim. Soalnya sekarang, kenapa ini boleh terjadi sedangkan PKR dikatakan cuba amalkan sistem baru dalam amalan demokrasi. Jika ini keadaannya maka bolehlah dikatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sama sahaja seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang boleh dijual beli demi kepentingan pihak tertentu. Apakah ini caranya apa yang dikatakan mahu melaksanakan agenda perubahan itu agaknya?.

[Susulan pendedahan ini maka diharapkan agar Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Cheah(foto) dapat menyiasat perkara ini. Apalah gunanya diadakan pemilihan jika percaturannya sudah ditentukan oleh orang atasan. Jika inilah keadaannya maka sia-sia sahaja diadakan pemilihan PKR kerana badan bebas yang sepatutnya dipertangungjawabkan melaksanakan pemilihan itu dengan adil dan saksama tiba-tiba berpihak kepada calon-calon dan pemimpin tertentu pula. Maknanya, tiada guna kita marahkan SPR kononnya tidak berlaku telus, adil serta berat sebelah dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini jika kita sendiri juga melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku di Hulu selangor ini wajar menjadi contoh kepada JPP agar mereka lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Sebelum ini memang kita ada mendengar petugas JPP dijumpai makan malam bersama calon-calon tertentu. Malah mereka juga dipercayai berbincang strategi untuk pastikan musuh calon terbabit ditewaskan secara teknikal. Inilah yang berlaku sebenarnya, ramai calon yang sepatutnya menang telah tertewas secara teknikal atas "konspirasi" antara pihak JPP dengan pemimpin tertentu]- PDO

Dah Pencen baru berani tegur kerajaan....??? Ramaiiiiii.......???

on

WarkahDaily – Sebenarnya dalam hati kecil para cerdik pandai dan ilmuan yang berpangkat di negara ini mempunyai rasa tak senang dengan kerajaan BN.

Namun, kerana ingin menjaga periuk nasi yang masih lagi diperlukan untuk menyara hidup, maka dilihat mereka ini terpaksa bermuka-muka dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN.

Sedar tak sedar, selepas pencen, depa ni mulalah akan mendekati program Pakatan Rakyat. Kerana naluri mereka bencikan kezaliman dan kerosakan yang dilakukan pemerintah, secara diam-diam atau membenci dalam hati dan akan meletup bila dah pencen.

Alhamdulillah jika hati mereka berubah demi Islam dan kedaulatan Islam di negara ini. Golongan ini mulai berani menegur penguasa apabila mereka ini pencen. Bermakna, mereka ini ada menyimpan perasaan cintakan Islam dan kedaulatan Islam. Cuma kerana kepentingan peribadi yang sementara, mereka terpaksa menutup mulut buat sementara waktu. Sekadar ‘yes bos’ ketika masih lagi berjawatan.

Tapi bila sudah berhenti, jawatan dah tiada, maka naluri fitrah manusia yang wujud dalam diri mereka mulai nampak untuk membetulkan keadaan yang lampau.

Apa-apa pun, penulis bersyukur jika kumpulan ini betul-betul mempunyai naluri untuk Islam dan perkembangan Islam demi mendaulatkan Islam.

Amatlah malang jika ada segelintir yang sudah pencen pun, tetapi masih tetap lagi berdegil mempertahankan tindakan pemimpin-pemimpin yang jauh terpesong dari landasan yang sebenarnya termasuk melakukan panyalahgunaan kuasa, rasuah dan menindas golongan dhaif semata-mata kepentingan peribadi.

Namun begitu, kerja dakwah bagi pejuang-pejuang Islam tetap perlu diteruskan walaupun masih ada lagi para ilmuan yang tidak mahu bersama dengan jamaah. Hidayah adalah hak Allah, kita hanya diperintah untuk berdakwah demi Islam.

Perjuangan Islam bukan hanya menunggu kemenangan semata-mata, bila tak menang mula resah, mula merasa was-was dengan perjuangan, maka perlulah kita perbetulkan kembali niat kita itu.

Sebabnya, perjuangan dalam Islam bukan berdasar kemenangan yang segera. Bagaimana Rasulullah dan para sahabat baginda bertahun-tahun berdakwah untuk Islam, bahkan bukan sahaja tidak mengecapi kemenangan yang segera, malahan dipulau oleh masyarakat ketika itu kerana Islam yang diperjuangkan.

Yang pasti, kita perlu melakukan persediaan untuk mengisi kemenangan yang ingin dicapai.

Bila Muhyiddin menjerkah Najib

on

Berita Malaysiakini  bertajuk "Adnan: Utusan has to toe the party line" memetik Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata:We have spoken to them. We are unhappy with certain things that they wrote. We told them, "please write responsibly and write the truth".
Dalam berita bertajuk "Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab" portal berita itu pula, Adnan dipetik berkata:Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu... Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain.


Saya harap Malaysiakini tersalah petik. Jika tidak, kata-kata di atas bagaikan memberitahu kita bahawa:
1. Utusan Malaysia tidak menulis perkara yang benar - maknanya akhbar itu berbohong.
2. Utusan juga tidak menulis secara tidak bertanggungjawab - tak bertanggungjawablah maknanya.
3. Utusan tidak menulis menggunakan fikiran - orang Utara seperti saya kata "tak pakai akai". Tidak guna fikiran kalau tempat saya disebut "tak dak akai".
Fuh! Berat tu! Adakah Utusan kerjanya berbohong, tidak bertanggungjawab dan tak pakai otak?

Saya masih menanti penjelasan lanjut dari Adnan, Malaysiakini dan Utusan. Jika tidak ada, saya akan menerima bulat-bulat apa yang saya fahami dari kenyataan Adnan, yakni Utusan bohong, tidak bertanggungjawab dan tidak pakai otak.

Adakah anda rasa Utusan akan berubah dengan kenyataan-kenyataan seperti itu?

Cuba anda bayangkan jika Adnan, Datuk Seri Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mencadangkan supaya Utusan diberi kata dua di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. Jika perkara itu berlaku, sudah tentulah akan bingkas duta dan proksi Pribumi Perkasa Negara di dalam MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang cadangan itu.

Sudah tentulah pak yet Datuk Ibrahim Ali itu akan bangkit bagaikan Wira Perkasa dan meneruskan perjuangan Perkasa (ada orang kata Perkosa) di dalam mesyuarat MT. Walaupun tanpa songkok tinggi, Muhyiddin pasti akan berdemonstrasi di dalam mesyuarat MT untuk mempertahankan agenda ala-Perkasa Utusan. Walaupun perkataan muhyiddin bermakna 'penghidup ad-Din (Islam)", tetapi Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri negara ini sesungguhnya adalah penghidup Perkasa dan segala agendanya termasuk di dalam Utusan.

Bila Muhyiddin menjerkah Najib, dengan statistik kekuatannya di dalam MT yang khabarnya hebat tak terlawan, pastilah Najib dan satu dua kerat ahli MT yang menyokongnya akan terkulat-kulat. Kalau tak terkucil dalam seluar pun dah kira nasib baik dah. Selepas itu, akan kita lihat lagi Adnan, Nazri dan lain-lain penyokong Najib terjerit-jerit dalam portal-portal berita seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Tidak ada tempat untuk suara hati mereka di dalam Utusan. Bukan sahaja Utusan, khabarnya di dalam Malay Mail pun tak ada. Alahai! - Detikdaily

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List