Azmin Jauh Tinggalkan Zaid.

on Sep 26, 2010



Kemaskini 7.20pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-78 dari cabang Petaling Jaya Selatan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 131 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

kemaskini 7.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-29 dari cabang Teluk Kemang, Negeri Sembilan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 132 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-10 dari cabang tersebut untuk jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Teluk Kemang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan Dr Lee Boon Chye.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List