Menurut naib ketua cabang Kapar, S Manikavasagam berkata keadaan itu menimbulkan masalah kerana jumlah petugas dan pegawas pemilihan tidak mencukupi.
Menurutnya, cabang tersebut mempunyai 5,600 ahli yang layak mengundi hari ini.
Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.
"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.
"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.
"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut," katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.
sehubungan itu, katanya, beliau telah berbincang dengan jawatankuasa pemilihan parti, yang bersetuju mesyuarat hari ini ditangguhkan.
Menurutnya, penangguhan mesyuarat tersebut diumumkan oleh pengerusi tetap pada jam 1.30 tengahari tadi.
"Ahli-ahli yang hadir juga setuju sebulat suara, tiada (ada) pergaduhan apa-apa," katanya.
Manikavasagam berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Meru, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.
Ditanya mengenainya, beliau berkata, mungkin pihak pusat tidak menyangka kehadiran ahli yang terlalu pada hari ini.
"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," katanya.
Sementara itu di PJS pula, ketua cabang tersebut, Hee Loy Sian memberitahu, pemilihan peringkat cabang ditangguhkan kerana kehadiran ahli yang terlalu ramai mencecah 3,000 tetapi hanya terdapat 12 pengawas pemilihan sahaja.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen PJS berkata, pemilihan calon bagi jawatan tertinggi peringkat pusat diteruskan.
Mesyuarat hari ini diadakan di Dewan Sivik MPPJ yang mampu menampung kira-kira 2,000 sahaja.
0 comments:
Post a Comment