Bukan kah ini dinamakan perkauman dan hasutan.......???

on Sep 26, 2010



Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan perjuangan suara memartabatkan dan menjaga kepentingan Melayu bukan satu tindakan perkauman. Beliau berada di Pasir Mas dalam satu majlis anjuran NGO Melayu Nasionalis, PERKASA.
Seramai 10,000 orang pelbagai kaum termasuk keturunan Cina, India dan Siam berbondong bondong membanjiri majlis tersebut walaupun dalam keadaan panas petang dala kawasan terbuka.

Pasir Mas, 25 September 2010
Negarawan Unggul Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa PERKASA mencerminkan kehendak akar umbi Melayu dan orang ramai. Laungan “Hidup Melayu” yang begitu bergemuruh semasa ketibaan Tun Dr Mahathir adalah menhidupkan kembali semangat dan roh yang menyatukan orang Melayu sehingga berjayagg mengagalkan Malayan Union pada 1946. Kebangkitan perjuangan nasionalism orang Melayu merupakan usaha yang mampun membuahkan hasil sehingga Kemerdekaan berjaya dicapai, termasuk mendapatkan kerjasama DYMM Raja Raja Melayu. Namun hari ini, apabila orang Melayu membangkitkan isu berkenaan mempertahankan kepentingan orang Melayu, mereka dianggap sebagai ‘Rasis’.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia bukanlah untuk orang Melayu sahaja tetapi adalah kepunyaan Bukan Melayu juga, kerana mereka diberikan hak sebagai wargangara semasa Kemerdekaan mahu dicapai walaupun mereka tidak bangkit untuk menentang Malayan Union. “Orang Melayu amat murah hati kerana sanggup berkongsi negara dengan Bukan Melayu yang satu masa dulu tiada berwarga negara. Hari ini apa yang dituntut ialah Hak Istimewa Orang Melayu hendak dihapuskan. Inikah balasan kebaikan orang Melayu menerima mereka?”.

“Saya amat sedih kerana orang Melayu tidak sedar kedudukan mereka diancam oleh semua tuntutan ini. Orang Melayu kini berpecah dan tidak lagi mempunyai kekuatan sebagai kuasa yang bersatu padu”.

Perpecahan orang Melayu kepada tiga puak tidak akan menjamin antara mereka akan menang dan  kuasa orang Melayu akan terus utuh. “Ini kerana semua pihak mahu menjadi Perdana Mrenteri”.
“Kini ada yang malu menjadi Melayu. Mereka mengatakan mereka Islam tetapi tidak bangga menjadi Melayu> Namun mereka tidak pula menunjukan perangai dan budi pekerti sebagai orang Islam”. Jelas ini adalah ditujukan kepada PAS yang sewenang wenang menghina orang Islam lain dan Melayu Liberal yang menjalankan gaya hidup sebagai orang Barat dan hilang nilai nilai ketimuran. “Kalau Islam, berlagaklah macam orang Islam. Bekerjasamalah sesama Islam. Demi politik, mereka sanggup halalkan segalanya”.
“Semasa UMNO dikatakan ‘Tidak Mahukan Negara Islam’, mereka dikecam (oleh PAS) dengan hebat. Apabila DAP menyatakan dengan lantang mereka menentang negara Islam, boleh pula! Yang suruh langkah mayat jika mahu tubuhkan negara Islam pun boleh berkawan tetapi kunun kunun mahukan ‘Perpaduan sesama Islam’”.
“Bangsa dijudikan, ugama dilonggarkan dari politik orang yang taksub menjadi Perdana Menteri. Akhirnya menjadi boneka dalam Kerajaan kerana pecah dan tergamak bersetuju keatas apa sahaja yang dimahukan Bukan Melayu. Nama sahaja Melayu tetapi menjadi anasir rasis”, huraian lengkap Tun Dr. Mahathir.
“Saya hadir disini supaya orang Melayu insaf akan bahaya keatas mereka dan kerana ingin menyeru orang Melayu supaya bersatu”, pesan beliau “Jangan sanggup gadaikan hak orang Melayu”.
“Jangan kita bagi seinci pun hak orang Melayu. Kita tidak mintak hak orang lain. Hak kita tetap hak kita!”, desakan tegas seorang pemimpin yang begitu memikirkan mengenai orang Melayu.
“Nasib anak cucu kita akan jadi seperti orang Melayu Singapura, yang tidak mempunyai apa apa kuasa politik. Orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu”.

Beliau menghuraikan masih tedapat lagi ramai orang Melayu yang miskin. Namun pembangunan seimbang yang dijana juga mngambil kira kepentingan orang lain. “Orang Melayu kena sedarkan diri mereka bahawa politik demokrasi ini boleh ‘makan tuan’”.
Sebelum itu, semasa ucapan alu aluan Dato’ Ibrahim Ali menjelaskan bahawa rakyat Kelantan berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sumbangan beliau kepada Kelantan. “Tanpa Tun Dr. Mahathir, Malaysia tidak akan menjadi seperti mana ianya hari ini. Kita bukan macam pemimpin lain, bermuka muka”.
Beliau mengambil kesempatan ini untuk membidas MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat kerana pernah mengumumkan beliau akan meletakan jawatan 8 tahun lampau tetapi masih lagi berkuasa.

Ibrahim juga menjelaskan bahawa PERKASA bukanlah parti politik tetapi NGO Melayu yang akan bersuara lantang apabila hak Melayu disentuh. Beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana kematangan politik beliau, terutama kemelut politik timbul apabila beberapa pemimpin UMNO seperti Setiuasaha Agung Tengku Dato Adnan Mansor, ahli MT Dato Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin membidas PERKASA.

“Jangan marahkan Kerajaan. Ini hanya kerja tiga ekor ini sahaja. Jangan memusuhi PM Najib kerana tiga ekor ini sahaja”.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List