Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa pernah menentang keras kemasukan Azmin Ali ke dalam parti itu diketika ia ditubuhkan pada April 1999.
Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor memberitahu Agendadaily ketika PKR dilancarkan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Azmin bukan sahaja tidak ada di atas pentas utama, bahkan tiada langsung di dalam dewan hotel itu.
Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor memberitahu Agendadaily ketika PKR dilancarkan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Azmin bukan sahaja tidak ada di atas pentas utama, bahkan tiada langsung di dalam dewan hotel itu.
Katanya beliau yang membawa Azmin ke dalam parti itu walaupun tidak mendapat restu Wan Azizah.
Beliau mendedahkan hal ini sebagai menjawab cubaan Azmin untuk mempelekehkannya termasuk hal lari ke Jakarta semasa kemuncak Reformasi dulu.
Beliau mendedahkan hal ini sebagai menjawab cubaan Azmin untuk mempelekehkannya termasuk hal lari ke Jakarta semasa kemuncak Reformasi dulu.
“Saya bawa juga Azmin masuk sebab arahan Anwar...Anwar ketika itu harapkan saya untuk selesaikan masalah Azmin dengan keluarga beliau, walaupun saya tahu masalah itu tidak akan selesai, tetapi saya cuba juga kerana setia pada Anwar” katanya.
Cerita Ezam lagi, beliau bukan sahaja bawa Azmin ke dalam PKR bahkan menyerahkan jawatan penting parti itu yang dipegangnya kepada Azmin.
“Selepas diberi peluang, Azmin mula perangai lama semasa Anwar berkuasa dulu, sebab itu saya tidak hairan satu demi satu pemimpin PKR yang ada maruah dan cerdas mula menyerang Azmin,” katanya.
Azmin di dalam sebuah akhbar harian Jumaat kata Ezam lari ke Jakarta sewaktu insiden 1998 dan hanya pulang setahun kemudian selepas keadaan kembali reda.
Untuk rekod, selain Ezam yang lari ke Jakarta, turut serta adalah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse, Hanafiah Man,Rozaid Abdul Rahman dan beberapa yang lain.
Menjawab dakwaan Azmin itu, kata Ezam, terpaksa lari ke Jakarta kerana arahan Anwar dan Wan Azizah untuk mendedahkan kejadian ‘mata lebam’ Anwar.
“Tiada seorangpun setiausaha Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu termasuk Azmin yang berani untuk mengambil risiko mendedahkan pembabitan Ketua Polis Negara pukul Anwar...jadi saya yang ambil tanggungjawab tersebut.
“Selesai hal ‘mata lebam’, saya diarahkan pula bertemu pemimpin ASEAN dan selepas itu baru pulang untuk tubuhkan parti...saya ditahan sebaik saja pulang dan kemudian merengkok 10 kali di dalam lokap polis termasuk dua kali di penjara.
“Seorang yang penakut tidak akan biarkan dirinya ditahan banyak kali, bahkan Azmin sendiri tidak pernah ke penjara kerana Anwar,” katanya.
Ezam keluar PKR pada 2007 bagi menubuhkan NGO Gerak, sebelum menyertai UMNO selepas pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008
0 comments:
Post a Comment