Pemilihan PKR: Raikanlah demokrasi.......???

on Sep 26, 2010

    
Apabila saya dipecat dari kerajaan dan parti pemerintah pada September 1998, sokongan datang mencurah-curah dari seluruh pelusuk negara hingga membentuk suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung oleh mereka yang berkuasa.Kelahiran sebuah parti tidak dapat dibendung lagi, walaupun oleh tembuk penjara, bersama dengan rakan-rakan seperjuangan, PAS dan DAP,untuk membawa politik negara kepada dimensi baru.


Maka lahirlah Parti Keadilan Nasional, sebuah parti pelbagai kaum yang benar-benar mendokong perjuangan ke arah kebebasan demokrasi dan tadbir urus yang baik.
Ketika parti membina kekuatan hari demi hari yang diasaskan kepada kepercayaan yang kukuh dalam proses membawa reformasi dan pembaharuan, parti bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat selepas bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia.

Semangat perubahan inilah yang menjadi penggerak kepada penerimaan sistem baru dalam proses mengundi dalam pilihan raya parti tahun ini di mana 500,000 ahli dapat mengundi pemimpin-pemimpin mereka secara terus di semua peringkat perjawatan.

Sistem demokrasi yang matang

Walaupun amalan ini bukanlah baru bagi kebanyakan parti-parti politik dalam sistem demokrasi yang matang di dunia, tetapi ini merupakan yang pertama di Malaysia.
Pemberian hak dan kuasa untuk ahli datang bersamanya tanggungjawab. Kami yakin ahli-ahli akan menggunakan kuasa ini secara waras dan adil.

Adalah diakui dalam beberapa bulan yang lalu, bukanlah mudah bagi KEADILAN.  Kita masih menghadapi perjalanan yang jauh tapi sekurang-kurangnya kita maju ke hadapan dan bukan berpatah balik ke belakang.
Detik-detik menjelang hari pilihan raya parti menyaksikan tutur kata yang agak kasar daripada beberapa pemimpin, yang tidak layak dipertuturkan oleh mereka yang mahu memegang jawatan yang diingini.
Dalam hal ini, dakwaan kritikan dilemparkan sebagai munculnya "budaya Umno" semasa berkempen untuk jawatan-jawatan dalam parti adalah tidak benar.

Tetap istiqamah

Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan sepenuhnya wujud mereka yang ingin membawa masalah kepada ahli dan parti.
Tetapi kita tetap istiqamah dengan keyakinan bahawa ahli-ahli kita sudah matang dan cukup waras untuk menentukan mana yang baik untuk parti.  Kebenaran akan terserlah.

Rasa tidak puas hati dan perbezaan pendapat berhubung dasar-dasar adalah perkara biasa dan harus digalakkan dalam sebuah parti politik untuk memastikan demokrasi sentiasa subur dan aktif dengan penglibatan ahli.
Proses pemberian kuasa bukan hanya merupakan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyatakan sokongan atau penentangan.  Calon-calon juga mempunyak hak untuk mengemukakan agenda mereka dan untuk berkempen.  Tetapi ia tidak harus menjadi suatu amalan tanpa batas.
Kesemua ini hendaklah berjalan di atas batas-batas kesopanan, tata susila dan rendah diri.  Terdapat peraturan yang harus diperhatikan. Inilah sebabnya kenapa kita mempunyai jawatankuasa pilihan raya yang bebas.

Berkhidmat untuk rakyat

Kita komited untuk berkhidmat kepada rakyat.  Sejak ditubuhkan, parti terus menekankan ke arah reformasi untuk negara ini supaya kita dapat melihat ke arah perubahan yang lebih baik.
Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berkuasa bahawa rakyat masih belum bersedia untuk menerima demokrasi sepenuhnya dan oleh itu harus bergantung kepada tongkat politik.  Kita tidak mahu mereka ini.

Bertolak kepada keyakinan inilah kita memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara terus.  Kita yakin pemimpin-pemimpin terbaik dapat dilahirkan melalui proses ini dan pada masa yang sama, mereka menjadi lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli.

Ini akan membantu kita menjadi lebih kuat!

Anwar Ibrahim

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List