Aksi lebih dahsyat, geli dan memalukan......!!!

on Apr 28, 2011

Haru-biru dah!...Apa dah jadi dengan negara ini. Fitnah semakin menjadi-jadi. Aksi lucah sudah menjadi perkara tontonan umum. Buka aib dah menjadi mainan sesama bangsa dan agama.


Tunggulah saat-saat kehancuran bangsa kita kerana hasil daripada tangan-tangan kita sendiri.
Hari ini heboh lagi...video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim kembali panas. Sebelum ini, tiga budak nakal kata video berkenaan tidak bocor kepada sape-sape pun, ianya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dakwa salah seorang yang bertanggungjawab tersebarnya video lucah berkenaan.

Tetapi amat malang sekali, sebelum ini 'part 1' tersebar meluas di internet hasil sebaran blogger Umno-BN.

Ingat ke dah reda, rupa-rupanya ia semakin menjadi bahan gurauan...kini 'part 2' pulak tersebar. Siapa harus bertanggungjawab dalam hal ini? Padahal ianya didakwa video berkenaan tidak ada pendua (hanya milik Datuk T) sahaja dan kini diserahkan kepada pihak polis. Tetapi kenapa ianya tersebar juga untuk kedua kalinya?

Kali ini dipertontonkan aksi yang lebih dahsyat lagi, lebih memalukan lagi, lebih menjijikkan lagi, lebih memualkan lagi...dah hilang maruah gamaknya.

Alangkah malunya Malaysia di mata dunia. Penduduk majoritinya adalah beragama Islam, kini dinodai dengan kelibat fitnah video seks. Seluruh dunia melihat gelagat pemimpin negara bertelagah sambil memalukan saingan dengan aksi video lucah.

Negara orang Islam ada aksi sebegitu. Masya Allah...kenapa ada manusia jenis lahabau dan lahanat itu di negara ini. Mereka tak reti nak malu dan menjaga maruah bangsa dan agama sendiri asalkan matlamat kuasa politik dapat diteruskan.

Kini masyarakat mula meletakkan hukuman ’politik itu kotor’, padahal yang mengotorkan politik itu adalah ahli politik yang memang tamak kuasa dan tak boleh menerima kekalahan. Mereka merasakan, merekalah sahaja yang patut memerintah, orang lain tak layak.

Kalau ada saingan, akan diruntuh-runtuhkannya dengan pelbagai cara keji dan kotor, asalkan kuasa mereka kekal. Buruk ke, kotor ke, keji ke, najis ke, jahat ke, semuanya disapunya asalkan matlamat kekal berkuasa terus berada di tangan mereka.

Aku merasa bimbang, hasil yang dilakukan lahabau tiga sekawan itu bakal mengundang padah. Tak mustahil ia akan mengundang murka dari Maha Pencipta, Allah SWT.

Allah bukan hanya menimpa laknat kepada yang melakukan keburukan sahaja, bahkan semua yang berada di bumi ini akan ditimpanya.

Cuba bayangkan, tsunami yang berlaku di Acheh tempoh hari kerana kelalaian masyarakatnya terhadap kepatuhan kepada Allah, akan berlaku di Malaysia?

Fitnah yang berleluasa berlaku kini sudah menjadi amalan biasa masyarakat kita yang dulunya dikatakan bersopan dan lemah-lembut.

Tunggulah saat-saat kehancuran bangsa kita kerana hasil daripada tangan-tangan kita sendiri. Bagaimana Allah akan menukar bangsa atau kaum ini dengan bangsa atau kaum yang lain kerana kelalaian kita sendiri, kerana kebiadapan kaum kita sendiri, kerana kedurhakaan kaum kita sendiri.

Source: http://warkahdaily.blogspot.com/

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List