Anwar Buat Dua Laporan Polis.....

on Apr 28, 2011


Isu Video Seks: Anwar Buat Dua Laporan Polis Di IPD Dang Wangi, Datuk Eskay Pula Cabar Beliau Bersumpah'Mubahalah' Di Masjid Petang Esok ! 







KUALA LUMPUR, 28 April - Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini membuat dua laporan polis berkaitan isu "video seks" di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Beliau hadir di balai polis terbabit tepat jam 2.50 petang tadi dengan beberapa orang penyokongnya. 

Dalam laporan tersebut beliau menafikan dia merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan mahu pihak polismenyiasat penyebaran video terbabit di internet semalam. Sementara itu, satu lagi laporan dibuat terhadap ugutan yang diterima daripada salah seorang "Trio Datuk T" iaitu Datuk Syazryl Eskay Abdullah supaya beliau meletak jawatannya daripada politik. Sementara Datuk Eskay hari ini telah bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar. Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepassolat Jumaat esok. 

Sementara itu polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpinpembangkang semalam.


[Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet. 

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu,”katanya. Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan. "Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan.Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya. 

Soalnya sekarang, individu yang memuat naik aksi seks pertama dulu pun pihak polis masih gagal mengesannya maka bagaimana mahu mencari pula suspek yang terbaru ini?. Alangkah "Ayah Pin" sehingga ke hari ini mereka masih gagal menjejakinya, maka bagaimana pula yang ini. Semua ini adalah satu kenyataan yang mahu menggembirakan seluruh rakyat kononnya merek melakukan tugas tersebut. Padahal, akhirnya Anwar Ibrahim yang bakal disiasat dan menerima akibatnya kemudian hari].




1 comments:

Anonymous said...

Kalau Umno/BN buat laporan polis, begitu cepat sekali tindakan dan keputusan dibuat.

Tapi bila pihak Anwar buat repot, polis banyak cerita nak buat, kononnya kena buat sesiatan dulu.. hai sampai berbulan2 lama nya..

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List