Perpaduan Pakatan Rakyat Gagal Ditandingi BN...

on Apr 28, 2011





Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 akan datang Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat semakin rancak dalam merancang agendanya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat(PR) sekali gus merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang adalah amat mustahil, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, ini kerana kekuatan PR dari aspek perpaduan tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana parti termasuk perikatan Barisan Nasional(BN).

"Apabila sokongan rakyat semakin sukar diperolehi Umno-BN akan cuba merencana pelbagai taktik kotor untuk menghancurkan perpaduan dalam PR iaitu antara PAS dan PKR khususnya.

"Jadi saya lihat politik Umno terlalu lemah kerana tidak mampu meyakinkan rakyat terhadap isu berkaitan Datuk Seri Anwar," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang dilihat bertindak memanipulasikan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berhubung pendiriannya terhadap kes fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media kawalan Umno-BN, Utusan Malaysia minggu ini dilapor memaparkan kenyataan-kenyataan jahat apabila cuba untuk melaga-lagakan Mustafa Ali dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendirian Pas untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Tegas Mahfuz, beliau turut menolak sebarang dakwaan songsang berhubung perselisihan pendapat antara Pas dan PKR sehingga mencetuskan salah faham antara pemimpin tertinggi gagasan itu.

"Saya yakin bahawa apa yang dilihat oleh rakyat adalah kesetiaan Pas bersama PR," kata beliau.

Mahfuz menambah, beliau yakin rakyat sentiasa berfikiran positif berhubung pendirian dan sokongan tidak berbelah-bagi parti itu terhadap gagasan Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, peranan media alternatif amat diperlukan bagi melaporkan maklumat yang telus agar tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut berhubung siasatan polis terhadap penayangan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Mahfuz berkata Pas tidak pernah mengiktiraf mana-mana hasil siasatan polis seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar baru-baru ini.

Jelasnya, ini kerana polis terlebih dahulu menunjukkan sikap pendakwaan terpilih terhadap Anwar.

"Pas tidak percaya apa jua bentuk keputusan yang dibuat polis terhadap hasil siasatan video seks ini kerana pihak berkuasa itu sedari awal telah memperlihatkan sikap memihak (Umno-BN).

"Ini sekali gus menunjukkan bahawa polis sendiri terlibat dalam konspirasi video fitnah itu semata-mata untuk memburukkan nama baik Anwar serta mencalarkan hubungan dalaman PR," katanya.

~tvs~

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List