Buang Lambang Keris Dari Bendera Umno?

on Nov 30, 2011




Sebenarnya ramai yang tak sedar,tak nampak apa yang ada sekarang ini adalah hasil perjuangan Umno. Anak melayu yang berpeluang belajar hingga ke IPTA,mendapat biasiswa dan segala macam keistimewaan kesemuanya adalah perjuangan Umno.

Apa yang kita lihat sekarang pakatan haprak menghasut melayu supaya lupa dan berasa malu menjadi melayu di tanah melayu, baca melayu rasis -Malaysia Menempa Sejarah,Majoriti Menuntut Hak Dari Minoriti
Mana mana parti dinegara ini bebas mempertahan dan perjuangankan hak bangsa masing masing, malah dalam semangat Barisan Nasional MIC dan MCA mempertahankan kepentingan bangsa masing masing secara berhemah dan dalam semangat permaufakatan.

Sekarang ini DAP dan pakatan berjaya mewujudkan satu stigma dimana orang melayu takut untuk mempertahankan hak sendiri,orang melayu takut untuk bercakap soal kepentingan sendiri.Orang melayu takut untuk mempertahankan akidah Islam. Keseluruhannya orang melayu takut dituduh sebagai rasis hanya kerana mahu bercakap akan soal bangsa ,agama dan hak sendiri.

Bayangkan ketakutkan itu hinggakan parti Umno yang berlambangkan keris tetapi para pemimpinnya langsung tidak berani mengangkat keris dek kerana takut dengan pelbagai serangan persepsi.

Apa lagi yang melayu ada? jika sudah tidak boleh bercakap mengenai untung nasib diri sendiri?

Hanya UMNO boleh bela kedudukan politik, sosial, ekonomi kaum Melayu

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Hanya UMNO boleh memelihara dan membela kedudukan politik, sosial dan ekonomi kaum Melayu selagi parti itu memegang kuasa sebagai pemerintah negara ini.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, jika tidak ada kuasa itu, maka nasib dan kepentingan kaum tersebut mungkin akan terkubur akibat ditindas pihak lain yang memerintah.
Justeru, katanya, UMNO perlu bekerja keras untuk mencapai cita-cita penubuhannya dalam usaha menyatupadukan Melayu, mencari keseimbangan dan keadilan dalam ekonomi, membela kedudukan kebudayaan dan kesenian kemasyarakatan Melayu serta membela kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
‘‘Adalah menjadi kewajipan UMNO membela kepentingan Melayu kerana ia merupakan tanggungjawab dan tujuan utama penubuhan parti itu. Kalau tinggal Melayu, maka UMNO tidak wujud lagi.
‘‘Bagaimanapun, agenda meningkatkan ekonomi Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam dan kebudayaan Melayu kini sudah ada kemajuan amat besar hasil perjuangan UMNO selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam wawancara khas Bernama bersama Perdana Menteri menjelang Perhimpunan Agung UMNO Selasa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, agenda membela Melayu tidak pernah ditiadakan malah menjadi agenda utama biarpun dengan slogan 1Malaysia.
Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin pula berkata, agenda Melayu adalah teras kepada perjuangan UMNO dan tidak mungkin ia dipinggirkan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Katanya, apa yang membezakan cara pelaksanaan agenda itu kini ditransformasikan iaitu tergabung dalam pendekatan kebersamaan 1Malaysia dalam suasana pasaran yang global dan berkepentingan nasional.
‘‘Dahulu ia digubal dan dilaksana secara bertembung dalam suasana tempatan, justeru dilihat eksklusif memihak Melayu.
‘‘Orang Melayu dan ahli UMNO khususnya tidak patut terkeliru dengan dakyah atau serangan yang ingin melemahkan jati diri orang Melayu dalam kita menghadapi badai globalisasi dan suasana ekonomi pasaran terbuka,’’ katanya.
Katanya, pendekatan baru perlu dicari bagi memelihara kelangsungan agenda Melayu itu sendiri.
‘‘Barangkali ada sesetengah daripada kita secara peribadi akan berasa terkesan akibat perubahan strategi pemantapan ekonomi pasaran yang bersifat global ini, namun dalam suasana sekarang golongan itu perlu menerima hakikat bahawa kita memerlukan cara baru,’’ katanya.
Dalam perhimpunan Agung kali ini Pisau menyeru agar para perwakilan dan pemimpin Umno agar lebih berani bercakap soal hak bangsa agama dan tanah air. Umno harus lebih vokal,apa perlunya ada sebuah parti asas dan terasnya adalah Melayu tetapi NGO pula mengambil alih tempat untuk bersuara.

"Kenapa perlu takut bercakap soal hak,bangsa dan agama kita?"



sumber  :-  http://www.pisau.net
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List