DAP Musuh Sebenar, Bukan Anwar

on Nov 30, 2011




Seorang wakil wanita mendakwa musuh sebenar Umno bukanlah (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi DAP yang menjadi ancaman terbesar kepada kelestarian politik Umno.
Zaliha Najmuddin dari Wilayah Persekutuan berkata DAP adalah sebuah parti sosialis yang bertunjangkan fahaman komunis.
Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan Ketua Wanita pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Justeru itu, beliau menyeru agar Umno serta pemimpin seperti Anwar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kembali ke pangkal jalan bersatu demi perjuangan politik orang Melayu.
“Ancaman politik Umno bukan Pakatan Rakyat, bukan Anwar Ibrahim tetapi ancaman atau musuh sebenar Umno adalah DAP iaitu parti sosialis yang punya fahaman komunis.
“Tidak terfikirkah Anwar dan Nik Aziz untuk bersatu demi Melayu? Perkara ini sungguh memalukan.
“Apa sudah jadi dengan orang Melayu sekarang ini sedangkan kita patut bersatu demi perjuangan Melayu….Kalau sesat kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.
Menyentuh mengenai kuota 30 peratus wanita dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, Zaliha mencadangkan agar pendekatan itu diperluaskan.
Katanya, kuota itu sepatutnya bukan sahaja meliputi jawatan-jawatan kanan seperti Setiausaha Politik, sebaliknya mampu meletakkan wanita dalam organisasi pentadbiran secara keseluruhannya.
“Kuota 30 peratus wanita untuk PRU itu baik. Tapi perlu diperbaiki dan ditambah dengan meletakkan wanita dalam organisasi pentadbiran secara meluas,” katanya.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List