Ramalan PRU 13 :- 15 Januari 2012

on Nov 30, 2011




AKHBAR cina Oriental Daily dalam laporan muka depannya hari ini memuatkan spekulasi terbaru tarikh pilihanraya umum bakal  diadakan, iaitu pada 15hb Januari 2012.
Asas kepada ramalan Oriental Daily ialah dari sumbernya yang mengatakan Perdana Menteri tidak akan berkunjung ke luar  negeri pada Januari, selain cuti anggota polis yang dibekukan.
Akhbar cina seperti yang kita ketahui jarang memilih berita-berita yang tidak punya kualiti untuk disiarkan, apatah lagi untuk dimuatkan diberita hadapan.
Penulis masih memegang pendirian bahawa ramalan-ramalan mengenai tarikh pilihanraya ini tidak mempunyai merit seperti mana yang telah banyak terbukti sejak Julai 2011.  Bagaimanapun, keberanian Oriental Daily memuatkan berita sedemikian di halaman depan, membuatkan penulis terfikir bahawa ramalan kali ini ada besar kemungkinannya untuk berlaku.
Jika ramalan Oriental Daily ini benar-benar menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan buat pertama kalinya pilihanraya negeri untuk Selangor dan Pulau Pinang akan diadakan berasingan dari pilihanraya umum.  Kedua ketua kerajaan negeri tersebut telah mengumumkan tidak akan membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pilihanraya umum.
Satu lagi perkara besar yang dijangka akan berlaku jika benar pilihanraya dilangsungkan pada 15hb Januari 2012, Pakatan Rakyat dan NGO Bersih akan meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 berikutan proses menambah baik pilihanraya yang sedang dalam kajian Jawatankuasa parlimen berkaitan masih belum selesai.
Tempoh masa dari tarikh parlimen dibubarkan sehingga pilihanraya dilangsungkan akan memberi peluang kepada NGO Bersih untuk mengatur koordinasi perhimpunan tersebut.
Apa pun, keputusan akhir masih lagi di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dia pula diketahui mempunyai corak pemikiran yang sukar dijangka, waima oleh ahli partinya sendiri.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List