Calon Pas Selangor: Nama Hasan Ali Tidak Tersenarai...?

on Nov 30, 2011






Kira-kira 80 peratus muka lama akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tidak pernah wujud isu yang mengatakan bahawa muka lama tidak berpeluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, apa yang menjadi keutamaan untuk dipilih sebagai calon adalah disenangi rakyat, tidak menonjolkan diri sendiri serta tidak merokok dan sebagainya.

“Pas Selangor sudah selesai dan menyerahkan nama calon kepada Pas Pusat. Setiap kawasan, kita hantar tiga nama tetapi tanpa ranking di antara tiga calon itu,tiada keutamaan kerana semua calon sama.

“Apa juga keputusan Pas Pusat, kita akur sebab kita ada majlis syura di mana penapisan calon dan pemilihan dalam Pas ini sangat tegas. Merokok tidak boleh jadi calon. Itu dimaklumkan oleh Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) kepada semua anggota Pas. Mereka yang cuba menonjolkan diri sendiri pun tidak boleh jadi calon. Dalam Pas, awal-awal lagi akan ditolak.

“Calon mesti mesra dan disenangi rakyat, maksudnya sebagai wakil rakyat kena turun padang dan melawat jika ada kenduri kahwin, bersalin, sakit, kematian. Walaupun kerjayanya doktor atau jurutera sekalipun, kalau rakyat tidak senangi, rakyat tidak calonkan dia, kita tidak akan bawa dia ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani menolak untuk mendedahkan nama semua calon yang disenaraikan kerana ia adalah pendirian parti tersebut malah beliau enggan mengulas sama ada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipilih atau tidak.

“Itu termasuk dalam kita punya ikrar, kita tidak boleh dedahkan perkara itu (nama calon yang diserahkan kepada Pusat). Hanya Pesuruhjaya dan Pusat sahaja yang tahu, saya tahu senarainya tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.

“Siapa pun yang dipilih, Pesuruhjaya tidak boleh dedahkan kerana itu pendirian Pas. Sekiranya dimaklumkan awal, akan timbul macam-macam perkara,” katanya.
Bagaimanapun katanya, semua calon yang dipilih mesti turun padang dan berjumpa rakyat di kawasan masing-masing agar rakyat lebih mengenali mereka.

“Empunya diri tahu mereka dicalonkan jadi mereka perlu buat kerja (turun padang) di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya tiada nama saya dicalonkan dalam tiga senarai di Meru, saya perlu memberikan laluan kepada mereka di situ.

“Sekarang ini, calon akan dimaklumkan awal sebab jika lambat, rakyat di kawasan sendiri pun tidak kenal dan tidak tahu calon wakil rakyat mereka,” katanya.
SH


Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

Hassan Ali tak susah hati kalau dia tidak dicalunkan untuk bertanding diSelangor sebab dia akan jadi calun UMNO.Kalau pun tak jadi calun UMNO,dia akan dianugerahkan oleh UMNO jawatan tinggi,munkin Pengerusi JAIS atau Pengerusi YADIM atau CEO SHABAS.Takkan UMNO nak lupa jasa-jasa Hassan Ali.

Anonymous said...

Betullah tu kerana sesiapa sahaja dalam PAS atau PKR yang hendak bercakap berkaitan dengan Melayu atau Bumiputra akan di senarai hitamkan kerana dalam PR tiada istilah Melayu atau Bumiputra.

hussin said...

mudah2an ia benar. sudah tiba masanya hassan ali digugurkan dsupaya dia tidak terikat dengan apa2 baiah lagi bagi memudahkan beliau bersama unno tanpa mencerai iateris belaiu. itu yang merantai kaki belaiu denga pas selepas pertemuan dalam gelap. karakter2 yang terlibat dalam pertemuan gelap yang lain juga perlu mnengundurkan dir. dengan ada kalian pas senak perut...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List