UMNO Tiru PAS

on Dec 4, 2011



Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.

Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.

Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.

Terbaru yang juga hendak menjadi ikutan Umno ialah supaya calon yang bertanding dalam pilihan raya mengadakan ba'iah untuk mengelakan calon melakukan sebotaj. Seorang perwakilan dari Terengganu, Kamaruddin Omar mencadangkan supaya Umno mengadakan bai'ah dengan bersumpah walahi, wabilahi dan wathalhi... mengaku taat setia kepada calon.

Sebelum ini Umno mempersendakan akan kaedah Pas dalam ikhtiar menjamin agar ahli taat setia dan tidak menyusahkan parti dengan sebotaj dan berpaling tadah dengan melakukan bai'ah - perjanjian untuk setia dengan parti. Macam-macam dituduh terhadap tindakan Pas itu sebagai tidak demokratik, bidaah dan sebagainya.

Tetapi hari ini setelah Umno sudah hilang kepercayaan kepada ahlinya, bimbang ahlinya akan melarikan diri maka kaedah (ikrar) itu juga dicadangkan diperkenakan. Menariknya semasa perwakilan itu mencadangkan demikian para himpunan melaung berkata setuju, setuju.

Persoalannya kini apakah bai'ah itu boleh berlaku di dalam Umno. Umno adalah parti sekular dan liat untuk mematuhi saranan ayat-ayat Quran dan menggunakannya sebagai hujah dan panduan dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kalau mereka guna pun sekerat ayat sahaja, dipilih ayat-ayat yang sesuai dan cocok dengan jiwanya saja. Pada saya kalau Umno tidak kembali keseluruhan kepada Quran, bai'ah atau ikrar itu tidak akan membawa hasilnya.

Ikrar seperti dicadangkan itu bukan saja tidak akan dihormati tetapi ia juga akan diragui seperti mana sumpah laknat dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno dalam menyakinkan orang ramai terhadap hujah dan apa yang dikatakan.

Pernah terjadi ada pemimpin Umno yang melakukan sumpah laknat, bersumah dengan versi disebutkan Kamaruddin Omar itu, tetapi ia tidak memberi kesan. Orang ramai tidak percaya kerana sudah mengenali akan kemunafikan dan kebejatan sosial mereka selama ini.

Jadi kalau orang-orang seperti mana tokoh itu diminta bersumpah, berikrar mereka akan bokeh bersumpah 10 kali sehari bukan di dalam masjid hatta di atas kubah masjid sekalipun dia sanggup tetapi sejauh mana sumpah dan ikrarnya akan dipatuhi sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya sumpah dan ikrar itu hanya berlaku kepada orang beriman yang sudah sedia kuat pegangan dan ketauhidannya kepada Allah s.w.t. Sebebab itu di dalam ayat-ayat berhubung dengan perintah Allah disebut, wahai orang-orang beriman. Ertinya orang yang tidak beriman atau beriman sepenuhnya tidak terkena perintah dan arahan yang dimaksudkan ayat-ayat itu.


http://msomelayu.blogspot.com/


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List