Penulis Siber Pro Pakatan Tidak Terbela...?

on Dec 4, 2011


Penulis Siber Pro Pakatan Tidak Terbela.. Umno-BN Bakal Biayai Penulis Media Alternatif Pro Umno - BN Sebagai Panglima Perang Siber.. Siapa Mereka???......

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya. 


Umno kini mulai mensasarkan pada penulis siber pro pakatan yang sememangnya
 tidak terbela oleh barisan pimpinan Pakatan sendiri. Pada 2008 Umno-BN tidak mempedulikan penulis media alternatif ini, lalu pada masa itu media blogging, khususnya dikuasai oleh blogger pro pakatan. Namun sejak akhir-akhir ini Umno-Bn semakin menguasai dunia media alternatif.

Menurut kajian, media alternatif akan menguasai 98 peratus dalam dunia penyebaran maklumat di Malaysia. Medium blog, FB dan twitter dilaporkan akan menjadi wadah terhebat dalam penyebaran maklumat. Ia akan menjadi ledakan mengatasi medium tradisi akhbar. Oleh kerana itu, Umno-BN membiayai kalangan penulis media alternatif pro Umno - BN untuk menjadi panglima perang siber mereka sepenuh masa ataupun setiap waktu

Dalam pada itu, blogger dan penulis siber pro Pakatan sekadar di pinggiran..menulis pada waktu lapang. Pakatan gagal mengenalpasti penulis siber pro pakatan untuk sekurang-kurangnya membiayai kos streamik dan memberi ruang pada mereka untuk menghadiri semua majlis pakatan rakyat. Pakatan Rakyat di empat negeri yang diperintah juga tidak memberi sedikitpun keistimewaan pada penulis siber yang pro pada mereka.

Kini, kuncu-kuncu Umno telah mulai mengenapasti penulis siber pro pakatan. Mereka sedang berusaha mendekati kalangan penulis pro pakatan rakyat ini. Adalah tidak mustahil penulis siber pro pakatan rakyat ini akan ditawarkan habuan lumayan agar reverse hasil penulisan masing-masing.

Khabarnya beberapa rakan penulis siber sudah dihimpit dengan janji manis.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List