Tunjukkan Pakatan Mampu Tadbir Lebih Baik

on Dec 4, 2011




Pentadbiran melalui sistem penyampaian yang lebih baik dan boleh dipercayai seperti di Selangor adalah resipi bagi menarik sokongan rakyat dan bukannya dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.


Perkara itu ditegaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam Kongres Nasional KeADILan baru-baru ini.

“Saya turut berdoa agar saya tak menyimpang daripada harapan tuan-tuan, bagi membuktikan kerajan Pakatan Rakyat boleh melakukan kerja lebih baik berbanding Umno,” katanya.


“Prinsip pertama, kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai sistem penyampaian terbaik dan mendatangkan hasil bermanfaat kepada rakyat. “Kalau kita cakap ‘Umno penyamun’ sahaja itu tak akan dapat selesaikan masalah. Kita mesti tunjukkan kemampuan kita agar rakyat boleh percaya,”tambahnya.


“Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara,” ujar beliau.
Beliau seterusnya menegaskan Selangor berjaya menambah hasil daripada RM390 juta kepada RM1.2 bilion dengan minda korporat dan kemudiannya mengagih kembali kepada rakyat kerana itu yang sebaiknya untuk rakyat dan terbuka untuk disemak rakyat.


“Kita ada berlebihan RM600 juta, jadi kita peruntukkan RM300 juta untuk memantapkan ekonomi Selangor dan RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut.


“Kita boleh pergi ke Johor beritahu Johor bahawa reformasi di Selangor akan diteruskan di Johor, reformasi akan lebih mantap lagi di Johor dan kalau harga airnya tak reti kira, Selangor boleh kirakan,” katanya.
Khalid turut mengulas mengenai isu ‘politik takut’ di kalangan orang Melayu bahawa ketuanan Melayu akan terhapus sekiranya Umno tidak berkuasa lagi.
“Semua dakwaan itu adalah fitnah semata-mata kerana Anwar Ibrahim dan saya juga seorang Melayu Melayu,” katanya.


“Saya cabar mereka saya kerja 18 tahun untuk majukan Melayu dan kalau lakukan dengan betul harta Melayu RM2 bilion menjadi RM7 bilion, 70% masyarakat Malaysia pendapatan kurang RM4 ribu, negara tak akan aman, sejahtera jika jurang pendapatan tinggi di antara terkaya dan termiskin.


“Bayangkan dalam dewan ini tak lebih 15% pendapatan melebihi RM30,000 sebulan.


Namun apa yang lebih penting ialah ketidaksamarataan dan agihan kekayaan yang tidak adil


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List