N3 YANG KU DENGAR :- Mat Sabu Langgar Perintah

on Feb 16, 2012



Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian,kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR). Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya,sekiranya ada parti dalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya.Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti,"katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ini pulak Amanat Nik Aziz terhadap Anwar

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Pisau Kedah :-

Politik semata-mata..berani ka puak pencacai nak ambil tindakan terhadap tuannya.??.puak pecacai buat kenyataan macam ni hanyalah sekadar menarik balik kepercayaan golongan pengundi kepada parti pencacai,di atas isu kenyataan sokongan terhadap keselamatan Israelyang tuan mereka telah lakukan..kerana kenyataan itu puak pencacai tak senang duduk di sebalik respon pengundi terhadap kenyataan itu.Maka satu lakonan politik telah di lakukan demi menutup keaiban tuan pencacai,

Kalau benar puak pencacai mempertikai tuannya,pasti puak pencacai sudah lari dari menjadi pencacai dalam pakatan haram,isu ini berkaitan isu umat islam.tak kan hanya kerana rejim zionis merampas tanah Palestin ianya di panggil hak asasi manusia,pembelaan keselamatan harus di beri kepada rejim zionis atas dasar hak asasi manusia,,dan terlepas pandang hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin yang di ceroboh buminya.darah rakyat Palestin di halalkan demi mempertahankan hak asasi manusia tentang keselamatan Israel.

Pisau Kedah cabar puak pencacai,,kalau berani tinggalkan Anwar kalau nak tunjuk mereka benar menentang kenyataan Anwar yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.!! itu pun kalau puak-puak pencacai ada teloq,ada maruah memperjuangkan islam.



Blog Ini  yang tulis

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List