N3 YANG KU DENGAR :- Lain Yang Diserang Lain Pula Yang Kantoi....Nasib Kau Le Anwar.....

on Feb 16, 2012


najib thaipusam 2011



Hentikan putar belit dalam isu Thaipusam - Mufti Perak.......




Semua orang dah tahu rasanya yang mufti perak tarik balik kenyataan dia berhubung isu najib gadai akidah dalam isu thaipusam tue. Antara alasan yang mufti perak gunapakai ketika tarik balik kenyataan tersebut ialah najib dah jelaskan kepada dia secara terperinci apa yang berlaku ketika itu.

Kat bawah neh sedikit statement petikan berita mengenai hal tersebut ;

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh,"

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.
   
"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

   
"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya. -mkini-


.............................................................................................................................................


Sedih aku dengan statement mufti neh. Aku bukan sedih pasal dia tarikbalik. Aku kadangkala faham gak maybe sesetengah mufti diberikan maklumat yang salah sehingga mendorong memberikan pandangan yang salah. Tapi yang aku rasa sedih sebab mufti perak neh terlupa bahawa dia sendiri lah yang mengeluarkan isu thaipusam neh. Bukan aku dan mana2 pihak pun. Dia sendiri yang keluarkan isu neh then dia cakap orang putarbelit.



Putarbelit tang mana bila dia sendiri yang cakap dengan jelas najib gadai akidah? Takpelah. Kalau tersilap cakap akui sahaja. Mudah. Jangan pula nak salahkan orang lain putar belit. Kalau bab thaipusam tue ramai juga orang2 yang beragama hindu neh kecik ahti. Bagi mereka apa lah nak dikecohkan sangat dengan kehadiran orang2 islam di tempat macam neh? Hina sangat ke apa kuil neh sehingga orang2 islam tak boleh jejak?

Salah tue. Kita tak kata pasal kuil ka perayaan ka apa ka. Kita sebut pasal ritual.

Contohnya  ;

Najib seorang islam dan tiba2 dia pergi nyalakan api dan perasapkan orang lepas tue pusing2 then perasapkan lagi.. then pusing2 then perasapkan lagi. Itu ritual. Ritual neh biasanya orang yang beragama hindu je lah buat. Orang bukan beragama hindu sibuk nak buat, buat apa? Nanti orang confused pula.

Owhh rupanya orang islam pun boleh buat ritual orang bukan islam. Lepas neh nak jadi sami pun boleh. Sami islamik ma. Lepas tue nak jadi paderi pun boleh. Paderi islamik ma. Mestilah ada perbezaan yang jelas antara muslim dan bukan muslim. Dah kalau seme sama jek apa point kewujudan agama neh? Takde point lah. Langsung takde peraturan dan adab. Seme pun boleh campur jek. Macam ABC.

So, orang2 india kena faham lah. Bukan kita nak kondem agama ka apa ka. Kita hormat. Tapi biarlah berada di landasan yang betul. Kalau aku suruh ko jadi imam boleh? Mestilah ko pun rasa aku neh gila ke apa tiba2 suruh ko jadi imam walhal ko orang yang menganuti hindu. So sama juga dalam kes neh.

Orang2 yang beragama islam wajib menghormati orang bukan islam namun dalam masa yang sama tidak boleh terjebak dalam sebarang ritual keagamaan. Mungkin sesetengah orang menganggap bahawa alahh nyala api tue simbolik dan etc.. tapi selagi ia ada unsur2 yang menjadi sebahagian daripada ritual keagamaan, ia tetap perlu dijauhi. Tolong faham.

Sama juga dengan kes dsai tue. Aku pun tak reti nandek tue apa. Kawan2 india aku ramai tapi takde pula aku terfikir nak tanya apa kebenda nandek tue. Dorang pun jarang jek pakai. Time ada upacara tertentu jek dorang pakai. Sampaikan aku dah terlupa yang orang india neh sepatutnya kena pakai nandek. Mungkin juga disebabkan kekawan india aku jenis yang moden2.

Usah kata nandek, agama pun ada dua. Bila aku tanya takpe ke apa macam tue? Dia cakap takpe, ini hal peribadi. Agama sesuatu yang bersifat sangat personal. Orang lain tak perlu tentukan anutan orang lain. Yelah.. dia boleh menganuti hindu dan kristian dalam satu2 masa. Sebab tue aku confused. Tapi dia cakap benda tak salah. Ramai orang buat. So aku pun anggap je lah tak salah.

Jadi jika tiba2 dsai dicalitkan nandek lepas tue nak marah bila orang persoalkan benda tue kan tak boleh. Biasanya orang india jek pakai nandek. Ko ada tengok orang lain selain dari penganut hindu pakai nandek tak weh? Takdak kan? So jangan marah bila kita mahukan penjelasan lanjut hal neh daripada mulut2 orang yang arif agama.

Nandek tue dorang cakap bukan ritual. Tapi nak menunjukkan status seseorang. Manakala bab perasapkan tue memang seseorang yang dipakaikan nandek akan diperasapkan [lebih kurang macam berdoa keselamatan si pemakai nandek] supaya dia selamat.

Itu lah kejadian yang menceritakan ketika dsai dinandekkan. Aku pun taktahu hal neh. Aku tanya orang2 sini tadi. Orang india ye. Aku tatau lah benda neh dari segi hujah agama salah ke tidak perbuatan yang melibatkan dsai tue. Sama2 kita nantikan jawapan pakar. Bai.


 Amenoworld  yang kata





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List