N3 YANG KU DENGAR :- Siapa Yang Hipokrit

on Feb 16, 2012





Mahathir Hipokrit : pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel

Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya ( klik untuk baca ) dilaporkan menyatakan Israel membekalkan butiran perdagangan antara Malaysia dan Israel kononnya untuk membantu Anwar Ibrahim.

Sebagai orang lama dan licik politik, Mahathir memang bijak bermain politik persepsi. Kenyataan Najib ini jelas bagi membantu Najib yang terkapai-kapai dengan pendedahan demi pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin-Israel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberikan fokus dalam isu ini bukan sebulan dua ini malah sudah bertahun. 7 November 2011 lepas Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri (DAP) telah membantu SAMM dengan membawa soalan oleh SAMM ke Parlimen dalam isu perdagangan Malaysia-Israel. Maka dalam Parlimen Malaysia telah diperakui sememang kita punya hubungan dagang tetapi ia hanya melibatkan syarikat MNC sahaja. Walaupun kenyataan itu menggambarkan kelemahan dan hipokrit negara sanggup gadai prinsip anti Israel hanya kerana untuk tarik pelabur, namun kenyataan tersebut ternyata juga bersifat menipu kerana Malaysia berdagang lebih dari itu dengan pendedahan terbaru ia juga melibatkan penghantaran minyak sawit.

Umum perlu sedar Malaysia ialah negara yang bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel. Berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel telah wujud sejak tahun 1967 lagi (kemungkinan secara tidak lansung lebih awal dari itu).

Namun serentak dengan kebangkitan kesedaran untuk menyokong perjuangan Palestin dan anti apartheid di Afrika Selatan dalam negara maka BN terpaksa memperkenalkan akta larang perdagangan yang melarang perdagangan kerana takut populariti mereka merundum. Namun akta larangan perdagangan ini telah ditarik balik serentak dengan jatuhnya regim apartheid di Afrika pada tahun 1994. Kabinet di bawah Mahathir-lah yang membuka ruang dagang dengan Israel semula dengan mengambil kesempatan pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan. Ia boleh menggugurkan larangan kepada Afrika Selatan sahaja tetapi begitulah liciknya politik Mahathir tanpa sedar ia mengambil kesempatan membuka ruang berdagang dengan Israel secara terbuka.

Pindaan tersebut bukan sahaja menjadikan Malaysia berdagang dengan Israel tetapi membantu ekonomi Israel. Banyak pihak dalam dunia tidak mahu membeli barangan Israel tetapi ada syarikat dalam Malaysia mengambil barangan Israel dan memasangnya di sini dan menjualnya sebagai barang yang datang dari Malaysia. Secara tidak lansung kita bersengkongkol memperdaya dunia bagi membantu Israel. Berdasarlan laporan Kesatuan Eropah, Malaysia merupakan rakan dagang ke-15 yang bersungguh membantu ekonomi Israel.

Kenyataan Mahathir kononya dokumen dibekalkan oleh Israel ialah untuk menutup perhatian terhadap hubungan dagang yang wujud dengan mengalihkan seolahnya pendedahan tersebut ialah sebahagian dari perancangan jahat Zionis. Maka umum kena menolak pendedahan tersebut dengan menerima juga menghalalkan hubungan dagang yang sedang berlangsung. Begitulah licik politik Mahathir ini.

SAMM selaku gerakan muda yang terkedepan dalam membuat pendedahan demi pendedahan dalam isu hubungan dagang Malaysia Israel menegaskan bahawa tuduhan Mahathir itu salah dan fitnah semata-mata. Dokumen-dokumen dan data yang didedahkan tidak perlu diberikan oleh Israel cukup dengan sedikit tumpuan kerja maka data tersebut boleh dikumpulkan. Malah ada dokumen asal yang perolehi adalah dari pegawai kanan kerajaan sendiri yang bosan dengan sikap hipokrit regim dalam isu Palestin ini. Di perpustakaan MiTi sendiri wujud bahan-bahan yang merujuk hubungan dagang Malaysia-Israel.

Percayalah selaku negara Israel sudah tentu mereka selesa dengan pemerintah negara hari ini kerana penguasa hari ini jelas menjaga kepentingan mereka. Apa gunanya menyokong perubahan kuasa jika yang menguasai regim kini sudah bersungguh-sungguh menjaga kepentingan dengan Israel dan sekutu besarnya Amerika. Malaysia seiring dengan telunjuk Israel tidak mengiktiraf Hamas, Malaysia akur kempen anti Iran Amerika apabila segera putus hubungan dagang seperti henti penghantaran Minyak Sawit.

Umum harus sedar, perang anti Israel dan sokongan terhadap Palestin dalam negara ini hanya untuk mengaburi sokongan dalam negara semata-mata. Kita tidak harus lupa ucapan Mahathir yang begitu bersifat perkauman dan anti Yahudi, anti Barat dalam Persidangan Umno telah mengundang rasa kurang senang Barat khususnya Amerika Syarikat. Mungkin ketika berucap itu Mahathir lupa bahawa dalam dunia moden ini ucapannya boleh diikuti di seluruh dunia. Panik dengan itu maka Mahathir telah menggunakan Heritage Foundation melalui Jack Abramoff dan telah membazirkan sehingga hampir RM40 juta wang negara untuk membolehkan pertemuan "meminta maaf" dengan Presiden Amerika Syarikat dapat dilansungkan. (klik sini untuk membaca lanjut)

Wahai Mahathir sudah terlalu lama kamu menggunakan taktik yang sama. Memang diakui kamu amat licik tetapi kerana kerap sangat taktik yang sama maka selaku anak muda kami sudah mula boleh membaca taktik kamu. Ayuh anak muda bangkitlah perjuangan pembebasan bumi Palestin ialah perjuangan sejagat dan atas nama kemanusiaan. Kepada penganut Agama Islam adakah kamu masih boleh berkompromi apa juga alasan meneruskan hubungan dagang bagi membantu dari aspek ekonomi untuk meneruskan penjajahan kiblat pertama Umat Islam ?

*Kenyataan media oleh che GuBard selaku Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List