N3 YANG KU DENGAR :- Perdana Menteri Hantu...?

on Feb 16, 2012



Apa semua ni, Wong  Koon Moon Setiausaha MCA Selangor SPR kebal sangat sehingga tak boleh ditegur lagi? Kalau benar apa yang didakwa DSAI terdapat 42,000 pemilih ragu dalam senarai pemilihan SPR, siasatlah.  Kalau salah buktikan bahawa Anwar salah pentafsiran.

Sukar sangatkah MCA Selangor untuk mentafsir alasan Anwar. Apa maksud keraguan sebagaimmana dakwaan Anwar?






Darimana datangnya 42,000 bakal pengundi itu, Adakah mereka ini warganegara? Adakah MCA Selangor membuat semakan dengan JPN.  Kalau 42,000 terdapat dalam JPN maklumat yang lengkap sebagaimana warganegara, gilakah  Penasihat PKR itu?


Atas tu kisah Anwar, kalau PSC lagi hebat beb! 200,000  hantu pemilih pilihanraya Jika siapa menang panggillah mereka Perdana Menteri Hantu, Menteri Hantu, Timbalan Menteri Hantu, Yang Berhormat Hantu sebab mereka ini diselamatkan oleh HANTU.

Jadi jangan hairanlah mereka ini berperangai macam hantu. Habis harta benda termasuk benda tu disapu oleh hantu.   KAH KAH KAH KAH KAH


Baca dengan teliti laporan dibawah dan nilaikan.

Audit dapati lebih 200,000 pengundi diragui

KUALA LUMPUR 15 Feb: Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan sejumlah besar pengundi meragukan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.



Menurut Ahli PSC, Anthony Loke, Mimos memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih 100 pengundi menetap di alamat yang sama.
“Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.


“Tempat-tempat ini termasuk kem tentera,” katanya kepada Malaysiakini.
Taklimat yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah selama dua jam itu turut dihadiri Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.
Loke berkata, turut dipertikaikan alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah.


Sebagai contoh, katanya: “Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh”.
Menurut Loke, PSC memberikan Mimos tempoh dua minggu menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.


Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daftar pemilih dibersihkan sebelum parlimen dibubar.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.


Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.


Yang kata macam ni  G3A  bukan aku




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List