N3 DARI SEBERANG :- Jangan Sayang Pada Jawatan

on Feb 16, 2012



NASIHAT Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu National Feedlot Corporation (NFC) agar jangan sayang kepada jawatan adalah ikhlas, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Menurut beliau, pandangan Dr. Mahathir mengenai isu NFC yang mengaitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak ada kepentingan politik mana-mana pihak.


“Bekas Perdana Menteri hanya memberikan pandangan ikhlas supaya Shahrizat memikirkan bahawa parti lebih penting daripada kedudukan atau jawatan,” katanya.


Beliau berkata, nasihat Dr. Mahathir itu perlu dilihat secara positif demi kebaikan UMNO dan supaya isu NFC tidak menjadi liabiliti kepada kerajaan terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Menurut Syed Ali, Dr. Mahathir tidak ada sebarang kepetingan atau niat tertentu berhubung kedudukan Shahriziat, sebaliknya sekadar teguran ikhlas daripada seorang negarawan ulung yang telah memimpin negara dan parti lebih 22 tahun.

“Oleh sebab itu, saya bersetuju dengan pandangan serta nasihat Dr. Mahathir, tidak ada paksaan kepada Shahrizat meletakkan jawatan, tetepai beliau harus lebih sayangkan masa depan parti daripada kepentingan peribadi,” tegasnya.

Bekas Presiden UMNO itu dipetik sebagai berkata bahawa Shahrizat harus mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat keputusan demi kepentingan parti.

“Saya tak suruh dia meletak jawatan, tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun, bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan,” kata Dr. Mahathir kepada media selepas majlis pertemuan dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang, semalam.


Mengulas lanjut saranan Dr. Mahathir itu, Syed Ali berpendapat isu NFC sedikit-sebanyak turut memberi tempias kepada UMNO dan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita kena akui isu tersebut memberi tamparan kepada UMNO dan ini sudah tentu boleh menimbulkan kesukaran kepada parti untuk berdepan dengan rakyat menjelang PRU tidak lama lagi,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, pembangkang telah menggunakan isu NFC dalam ceramah politik mereka di seluruh negeri untuk memburukkan kerajaan BN dan Najib dituduh melindungi kepentingan keluarga Shahrizat.

Menurut beliau lagi, seseorang yang sudah memegang jawatan penting lazimnya terlalu sukar untuk melepaskannya secara sukarela atau terhormat walaupun keengganan tersebut boleh mencetuskan keadaan yang tidak tenteram dalam parti.

Bagaimanapun tegas beliau, hanya mereka yang benar-benar ikhlas kepada parti sahaja yang sanggup melepaskan jawatan secara rela hati apabila merasakan perlu berbuat demikian.

Katanya, Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan contoh yang terbaik untuk dijadikan teladan oleh pemimpn UMNO.

“Mereka meletakkan jawatan sebagai Perdanja Menteri secara senang hati apabila difikirkan wajar berbuat demikian, oleh sebab itu dua tokoh tersebut sentiasa disanjung rakyat,” katanya.


“Itulah gambaran yang diberikan oleh Dr. Mahathir, mengapa terlalu sayangkan jawatan sebab jawatan tersebut akhirnya akan dilepaskan juga apabila sampai masanya.

Sehubungan itu jelas beliau, Shahrizat perlu melihat nasihat dan desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak supaya beliau berundur daripada kabinet secara rasional.

“Saranan itu bukan bermakna memushi atau membenci Shahrizat secara peribadi, tetapi dilihat demi kebaikan dan kepentingan parti,” tegasnya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Pergerakan Wanita UMNO turut diperalatkan bagi mempertahankan kedudukan Shahrizat, Syed Ali menjelaskan hanya beliau (ShahriZat) yang tahu mengenainya.


Bagaimanapun beliau berpendapat, tidak kesemua Wanita UMNO yang sanggup diheret sama dalam isu kepentingan keluarga Shahrizat berkaitan NFC.

“Saya tak fikir semua orang (wanita UMNO) akan dengan senang hati mempertahankan Shahrizat dalam isu tersebut,” tambahnya.


Dia Yang Kata


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List