Anwar Dua Hari Di Sabah Hadir Sambutan Hari Malaysia
Copy & Posted By mahi on Sep 15, 2010
SHAH ALAM 15 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah hari ini sempena program Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat.
Beliau dijangka menghadiri jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di Bukit Padang, Kota Kinbabalu.
Program ini disusuli dengan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kota Kinbabalu, Dr Hew Keng Chieu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Selepas jamuan makan malam acara kemuncak majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rakyat akan diadakan di Putatan dan ini juga akan diikuti oleh ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar, Kit Siang, Nasharuddin, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini serta Setiausaha MPN Sabah, Mursalim Tanjul.
Keesokkan harinya pula Anwar akan menghadiri program Sambutan Hari Malaysia bertempat di Tambunan bermula pukul 7.30 pagi dengan pelepasan Konvoi Hari Malayisa 2010.
Konvoi Hari Malaysia 2010 dijangka tiba di perkarangan tempat letak kereta Bangunan Urusetia di Keningau pada pukul 9.00.
Ini disusuli oleh nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dan diikuti pembacaan semula Pemasyhuran Hari Malaysia oleh Pengerusi Borneo Heritage Fund, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Pada pukul 1.00 hingga petang, program Ketua Umum KEADILAN dipenuhi dengan acara memperingati Perjanjian Pembentukan Malaysia di Merarau, Keningau.
Amanat Patriotik akan disampaikan oleh Anwar, Kit Siang, Nasharuddin, Dr Jeffrey dan bekas Timbalan Menteri Buruh, Datuk Kalakau Untol.
Labels:
Orang Politik
0 comments:
Post a Comment