Mayat reput tangan diikat

on Sep 15, 2010

SEREMBAN: Seorang tukang kebun yang mencari buluh untuk membuat pagar tanaman miliknya, tersentak apabila menemui mayat lelaki sudah reput dipercayai dibunuh dengan kedua-dua tangan terikat di kawasan hutan di Batu 7, Jalan Seremban-Mantin, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengusung  mayat untuk dihantar ke hospital, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengusung mayat untuk dihantar ke hospital, semalam.
Mayat mangsa berpakaian lengkap dan belum dikenal pasti identitinya itu ditemui di bawah sebatang pokok, kira-kira jam 7.45 pagi. 

Jefri Mustafa, 44, berkata, dia menyusuri laluan sungai untuk mencari buluh. 

“Ketika melalui kawasan berkenaan, saya terhidu bau busuk agak luar biasa sebelum menemui mayat sudah reput,” katanya, semalam. 

Menurutnya, dia segera memaklumkan perkara itu kepada polis. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berusia 25 tahun ke atas dan dipercayai sudah mati sejak dua minggu lalu. 


“Kedua-dua tangan mangsa turut diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat. Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan pada badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, lelaki dengan ketinggian antara 175 dan 180 sentimeter itu mempunyai tatu pada betis kanan dan memakai kemeja serta berseluar pendek jenama Blue Tom Classic. 



“Polis juga menemui seutas jam tangan berjenama dan sekotak rokok Marlboro dalam poket seluar mangsa jenama Diesel,” katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999.



mymetro

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List