Azmin tak dapat sokongan padu di Selangor dan Perak....???

on Sep 15, 2010






Ketiadaan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali di majlis pertemuan bersama 120 orang pemimpin PKR negeri itu di Dewan Pandamaran Jaya Klang petang Selasa menimbulkan tanda tanya mengenai pengaruh sebenar Naib Presiden PKR itu di negeri Selangor.
Bukan rahsia lagi program anjuran Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor itu dihadiri oleh hampir semua ketua-ketua cabang di negeri tersebut itu mahukan gandingan Anwar-Azizah mengetuai PKR yang sekali gus boleh menafikan cita-cita Azmin mahu menjadi orang nombor dua parti itu.
Malah, lebih menarik lagi apabila yang dijemput berucap dalam Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor adalah bekas boss PKR Selangor yang digugurkan baru-baru ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jika semua itu boleh menjadi ukuran sokongan maknanya Azmin Ali selaku ketua di Selangor tidak mendapat sokongan padu dari negeri itu bagi bertanding jawatan nombor dua.
Sokongan padu di Selangor adalah penting kerana negeri itu mempunyai 22 cabang, kedua terbesar selepas Perak yang mempunyai 24 cabang.
Malah di Perak sendiri, Azmin dikatakan tidak bertaring kerana kebanyakan pemimpin PKR negeri itu merupakan golongan bukan Melayu yang ‘kiblat’ politiknya lebih cenderung kepada Tian Chua berbanding Azmin.
Manakala pemimpin Melayu PKR Perak seperti Pengerusinya Mustafa Kamil Ayub pula mempunyai agenda politik sendiri dan dikatakan tidak ‘sebulu’ dengan kumpulan Azmin.
Perebutan pengaruh di Perak terbukti hangat apabila dari 24 cabang di negeri itu, 15 daripadanya menyaksikan pertandingan termasuk di Pasir Salak apabila Mustafa Kamil Ayub akan dicabar oleh ‘orang Azmin’, Osman Abd Rahman.
Osman merupakan antara pengasas PKR Perak yang bertanding semula merebut jawatan di negeri itu selepas ‘berehat’ dalam pemilihan parti 2007.
Di Gopeng seorang lagi Naib Presiden parti itu Dr Lee Boon Chye akan di cabar Setiausaha PKR Negeri Anuar Zakaria yang pro Mustapa Kamil Ayub.
Manakala di Lumut, ketuanya Tai Sing Ng akan berdepan dengan pertandingan lima penjuru bagi mempertahankan jawatan beliau.
Selain Selangor dan Perak, Sabah juga mempunyai jumlah cabang yang besar iaitu 21 cabang, dan kalau di Selangor dan Perak pengaruh Azmin tidak mencengkam, di Sabah pen begitu juga.
Pergaduhan beliau dengan warload Sabar Dr Jeffrey Kitingan bukan isu baru dalam parti itu dan penggantungan 12 ketua cabang pro Jeffrey baru-baru ini menambah keruh pengaruh Azmin di negeri tersebut.
Walaupun selepas rayuan dibuat hanya 3 dari 12 ketua cabang itu kekal digantung, namun ‘damage had been done’. Boleh diandaikan bahawa sokongan cabang-cabang di Sabah dan Sarawak akan pergi kepada seorang lagi calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim.
Andaian ini berasaskan hubungan baik Zaid dengan Jefrrey di Sabah dan pemimpin PKR Sarawak Baru Bian.
Jadi di manakah kekuatan sebenar Azmin, mungkin melalui sokongan dari ahli-ahli Parlimen serta Adun PKR seperti yang ditunjukkan baru-baru ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List