PANDAMARAN 15 Sept - Slogan 'reformasi' yang dilaungkan oleh pimpinan, aktivis dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa perjuangan menegakkan keadilan ketika era reformasi pada 1998 tidak hanya bersifat retorik tetapi kini ia diterjemahkan kepada realiti dengan tertubuhnya pentadbiran Pakatan Rakyat di empat buah negeri termasuk Selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengakui merealisasi slogan kepada dasar dan program bukanlah suatu kerja yang mudah kerana reformasi yang dilaksanakan dan sistem pentadbiran oleh Pakatan Rakyat memerlukan semangat dan keyakinan tinggi apatah lagi rakyat tidak pernah dibiasakan dengan budaya dan agenda perubahan.
Namun atas inisiatif dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kepimpinan negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat, banyak program kebajikan berjaya dijalankan seperti di Selangor melalui program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. seterusnya
Laungan Reformasi Kini Diterjemah Dalam Bentuk Dasar, Program
Copy & Posted By mahi on Sep 15, 2010
Labels:
Orang Politik
0 comments:
Post a Comment