BN di ambang kehancuran........???

on Sep 21, 2010

Barisan Nasional (BN) yang dibentuk menjelang pilahanraya umum 1974 ekoran kegagalan perikatan UMNO-MCA-MIC kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan kerana mempunyai semua kekuatan sebagai sebuah perikatan parti-parti politik pemerintah yang gagal disaingi oleh pembangkang.
Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menggugat BN dalam beberapa siri pilihanraya umum sebelum ini. .


Percubaan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 sehinggakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah komponen BN yang memerintah Sabah ketika itu sanggup keluar BN untuk bersama dengan Gagasan Rakyat yang ditaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah (pembangkang melalui Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) ketika itu begitu mencemaskan

Tetapi cabaran Tengku Razaleigh yang membentuk Gagasan Rakyat (PMS46-DAP-IPF dan PBS) dan Angkatan Perpaduan Ummah (PMS46-PAS-Berjasa-Hamim) tidak cukup kuat untuk menumbangkan  dan mencabut ‘hayat’ politik BN sebagai peneraju politik Malaysia. Hanya Kelantan sahaja yang mampu disapu bersih oleh APU. Tiada satu kerusi pun yang mampu dimenangi oleh BN.

Selepas itu BN mampu bangkit semula dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 dan seterusnya   PMS46 dibubarkan selepas itu untuk bersatu dengan UMNO semula. Gagasan pembangkang bersatu pun berkubur dengan berkuburnya PMS46. Walaubagaimanapun APU tinggal PAS, Berjasa dan Hamim hanya mampu bertahan di Kelantan sahaja.  

Tetapi dengan kembalinya Ku Li dan rakannya, sekali UMNO sekali lagi tergugat dengan pemecatan Anwar Ibrahim pula pada tahun 1998. Sekali lagi momentum politik meningkat semula khususnya dikalangan orang-orang Melayu. Satu parti baru dikenali, Parti Keadilan Nasional (keADILan) dibentuk bagi menenuhi keperluan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Sekali lagi  gagasan pembangkang yang baru dikenali Barisan Alternatif (BA) oleh keADILan-PAS-DAP-PRM   pula dibentuk menjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Keputusannya menyebabkan BN khususnya UMNO telah kehilangan pula Terengganu disamping Kelantan yang terus berada ditangan PAS.
Malah Kedah pun mula tergugat bila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Tetapi keadaan ini tidak lama, DAP yang kurang berjaya dalam pilihanraya umum ke-10 meninggalkan BA dengan menjadikan PAS sebagai ‘kambing hitam’ dengan isu Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Sekali lagi BN berjaya cemerlang dalam pilihanraya umum ke-11 pada 2004 dibawah pimpinan baru, Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Aura Pak Lah hampir-hampir berjaya menyisih PAS dari terus menerajui Kelantan dengan hanya kelebihan tiga kerusi sahaja. Kemudiannya tinggal majority satu kerusi sahaja selepas PAS tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Ketika berada diambang keseronokan dengan kemenangan paling besar dalam sejarah, BN mula lupa diri menyebabkan mereka hampir-hampir kecundang dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008. Mereka gagal mendapat majority 2/3 diparlimen dan kehilangan 5 negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada BA (PKR-PAS) dan DAP dalam satu pertandingan satu lawan satu. Tetapi Perak dirampas semula BN dalam satu operasi rampasan kuasa setahun selepas itu.

Sejak itu, PKR-DAP-PAS membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang selain Kelantan. Kemudiannya dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12, PR dan BN masing-masing berjaya mengekalkan kerusi masing-masing kecuali Kuala Terengganu dan Hulu Selangor serta Sibu (Sarawak). Kuala Terengganu jatuh ketangan PAS (PR) dan Hulu Selangor pula kembali kepada BN (MIC). DAP (PR) berjaya merampas kerusi BN (SUPP) di Sarawak. Lain-lain kerusi adalah status quo kepada parti yang memenanginya dalam PRU ke-12 lalu.

PR begitu ghairah untuk menawan Putrajaya dalama PRU ke-13 nanti menyebab Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berada dalam zon selesa walaupun projek 16 September untuk membentuk kerajaan baru melalui satu gabungan atau perikatan PR dengan anggota BN yang berpaling tadah gagal. Ramai yang meramalkan Najib masih teragak-agak sama ada membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak atau membiarkan parlimen dibuabarkan selepas keputusan pilihanraya Sarawak diketahui.

BN di ambang kehancuran?

Dalam keadaan sekarang, PR mula berpadu untuk menumbangkan BN walaupun dihadapkan dengan berbagai isu yang dicipta untuk meretakkan pakatan ini. Sebaliknya parti-parti BN pula mula goyah dan hilang keyakinan kepada BN dan UMNO.
Bukan rahsia lagi MCA tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN. Begitu juga dengan Gerakan yang tidak senang dengan perkembangan terkini BN. Malah MIC pun boleh meninggalkan BN jika UMNO banyak mencampuri urusan dalam parti tersebut. Lebih-lebih lagi tindakan UMNO mengambil Kongres India Muslim (KIMMA) yang tidak dipersetujui oleh MIC menyertai BN sejak sekian lama sebagai “sayapnya” baru UMNO.

Di Sabah, Sabah Progressif Party (SAPP) telah meninggalkan BN selepas pilihanraya umum ke-12. Kini Liberal Demokratik Party (LDP) juga sedang berkira-kira meninggalkan BN setelah pimpinannya hilang keyakinan dan tidak dapat bekerjasama dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Negeri Sabah. 
Begitu juga di Sarawak, SUPP antara komponen tertua yang bersama mengasaskan BN dulu dilaporkan berkira-kira untuk meninggalkan BN Negeri Sarawak untuk membentuk kerjasama dengan Sarawak Nasional Party (SNAP) bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Sarawak. Pernah dalam tahun 1980-an dulu, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) keluar dari BN Negeri Sarawak bekerjasama PERMAS pimpinan Tun Rahman Yaakob memberikan tentang yang sengit kepada BN dalam politik Sarawak. Tetapi selepas beberapa pilihanraya, PBDS kembali semula kepada BN Negeri Sarawak sehinggalah dibubarkan beberapa tahun yang lepas selepas Datuk Leo Moggie bersara dari politik.   

Sejak tahun pilihanraya 1996, SUPP telah kehilangan kerusi kepada DAP khususnya dikawasan majoriti Cina di kawasan bandar (Meradong, Bukit Assek, dan Kidurong). Selain DAP menang 3 kerusi, BN juga turut kehilangan dua lagi kerusi kepada Bebas pilihanraya tersebut, BN masih utuh dengan memenangi 57 kerusi di DUN Sarawak.
Kemudian pada pilihan raya negeri 2001 BN meraih kemenangan besar daripada 62 kerusi yang dipertandingkan. Parti Keadilan Nasional (KeADILan), dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat kali pertama bertanding dalam pilihanraya Negeri Sarawak. KeADILAN dan PAS tidak memenangi apa-apa kerusi. Ketika itu pembangkang hanya memenangi 2 kerusi, iaitu masing-masing satu DAP dan satu bebas.

Manakala pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 pula berlaku sedikit anjakan senario politik di Sarawak, pabila pihak pembangkang SNAP, KeADILan dan DAP berjaya membentuk kerjasama melalui Barisan Bersatu Sarawak. Sementara PAS hanya menjalin kerjasama dengan KeADILan dan bertanding di satu kerusi sahaja, iaitu DUN Beting Maro dalam parlimen Batang Lupar.

Dalam pilihanraya ini, dominasi BN di Sarawak mula goyah. DAP menang lima kerusi (Pending, Batu Lintang, Meradong, Bukit Assek dan Kindurong), KeADILan pula menang kerusi  Padungan) dan SNAP kerusi  Engkili. Dengan kemenangan DAP di Parlimen Sibu baru-baru ini, momentum  untuk menumbangkan BN di Sarawak makin tinggi.         

Perkembangan ini sedang dibuat analisa bukan sahaja oleh parti-parti pembangkang, malah oleh komponen BN Sarawak sendiri. Bagi mereka ini peluang untuk mengurangkan cengkaman PBB dan Taib Mahmud sendiri keatas politik Sarawak yang sudah berakar

kalamperantau  

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List